Bab pesaka 8

Mereka yang mengambil satu pertiga 1/3

Pertama: ibu ketika si mati tiada anak lelaki atau anak perempuan, cucu lelaki atau cucu perempuan dan berbilang-bilang saudara dua orang atau lebih sama ada lelaki atau perempuan dan sama ada seibu-sebapa atau sebapa atau seibu dan sama ada saudara Itu berhak memakan pesaka atau terdinding. Jika ada mereka itu maka ibu berhak menerima satu perenam.

Kedua: dua orang Saudara seibu atau lebih sama ada lelaki keduanya atau perempuan keduanya atau seorang lelaki dan seorang perempuan. Lelaki dan perempuan hukumnya sama yakni berbahagi sama banyak, ketika simati tiada bapa, datuk lelaki, anak lelaki atau anak perempuan, cucu lelaki atau cucu perempuan. Jika ada mereka itu, maka dua orang Saudara seibu atau lebih terdinding.

Mereka yang mengambil satu perenam 1/6

Pertama: Bapa ketika si mati ada mempunyai anak atau cucu, sama ada lelaki atau perempuan, dipanggil forok waris. Jika tiada mereka itu, maka bapa berhak makan asabah.

Kedua: ibu ketika simati ada mempunyai anak atau cucu,  sama ada mereka itu lelaki atau perempuan, atau bagi simati ada saudara yang berbilang-bilang. Jika tidak ada seperti itu maka ibu mengambil satu pertiga.

Ketiga: cucu perempuan dari anak laki-laki seorang atau lebih ketika si mati ada seorang anak perempuan sahaja. Jika simati ada mempunyi dua anak perempuan atau lebih maka cucu itu terdinding.

Keempat: Datuk lelaki ketika si mati ada mempunyai anak atau cucu dan ketika simati tiada bapa atau saudara lelaki seibu sebapa.

Kelima: saudara perempuan sebapa seorang atau lebih ketika si mati ada seorang saudara perempuan seibu sebapa. Jika ada dua orang saudara perempuan seibu sebapa atau lebih  maka saudara perempuan sebapa terhalang.

Keenam: Datuk perempuan seorang atau lebih ketika si mati tiada ibu. Jika ada ibu maka datuk perempuan terhalang sama ada datuk perempuan itu dari pihak ibu atau bapa.

Ketujuh: seorang saudara seibu sama ada lelaki atau perempuan. Jika dua orang atau lebik mereka terhak satu pertiga.

Bab pesaka 7

mereka yang mengambil satu perempat dipanggil rubuk

pertama suami ketika simati yakni isteri ada mempunyai anak lelaki atau perempuan cucu lelaki atau perempuan jika tiada mereka itu suami berhak satu perdua

kedua isteri seorang atau lebih ketika si mati yakni suami tiada mempunyai anak lelaki atau perempuan cucu lelaki atau perempuan jika ada mereka itu isteri mendapat satu perlapan.

mereka yang mengambil satu per lapan dipanggil Sumun

bagi seorang sahaja iaitu isteri ketika si mati yakni suami ada mempunyai anak lelaki atau perempuan cucu lelaki atau perempuan

mereka yang mengambil dua pertiga dipangil sulusani

Pertama dua orang anak perempuan atau lebih ketika si mati tiada:

1. anak lelaki yakni saudara bagi perempuan. jika seorang anak perempuan, dia mengambil satu perdua dan jika bersama anak lelaki mereka makan asabah.

Kedua dua orang cucu perempuan daripada anak lelaki atau lebih ketika si mati tiada:

  1. anak laki-laki, , jika ada anak lelaki mereka terdinding
  2. anak perempuan, jika ada dua anak perempuan mereka terdinding dan jika ada seorang anak perempuan mereka mengambil satu perenam.
  3. cucu lelaki daripada anak laki-laki, jika bersama cucu lelaki daripada anak lelaki, mereka makan asabah.

     Peingatan Jika seorang cucu perempuan daripada anak lelaki, dia mengambil satu perdua

Ketiga dua orang Saudara perempuan seibu sebapa atau lebih ketika si mati tiada:

  1. anak lelaki, jika ada, mereka terdinding.
  2.  cucu lelaki dari anak lelaki, jika ada, mereka terdinding
  3. bapa, jika ada, mereka terdinding
  4.  anak perempuan, jika ada, mereka mengambil jalan asabah maa garai
  5.  cucu perempuan, jika ada, mereka mengambil jalan asabah maa garai
  6.  saudara lelaki seibu sebapa, jika ada, mereka mengambil jalan asabah bi gairi, bagi lelaki habuan dua orang perempuan. Seperti dua orang saudara perempuan dan seorang saudara lelaki maka harta di bahagi empat bagi lelaki dua habuan dan setiap saudara perempuan satu bahagian.
  7.  datuk lelaki, jika ada, mereka muqasamah/berbahagi dengan datu jika itu yang menguntungkan datuk atau fardu dua pertiga jika datuk mendapat untung mengambil satu pertiga harta, ini jika tiada ahli fardu yang lain jika ada ahli fardu yang lain datu mengambil mana yang lebih menguntungkan antara meqasamah/berbahagi, satu pertiga baki atau satu perenam.

keempat dua orang Saudara perempuan sebapa atau lebih ketika si mati tiada:

  1. anak lelaki, jika ada, mereka terdinding.
  2.  cucu lelaki dari anak lelaki, jika ada, mereka terdinding
  3. bapa, jika ada, mereka terdinding
  4.  anak perempuan, jika ada, mereka mengambil jalan asabah maa garai
  5.  cucu perempuan, jika ada, mereka mengambil jalan asabah maa garai
  6.  saudara lelaki sebapa, jika ada, mereka mengambil jalan asabah bi gairi, bagi lelaki habuan dua orang perempuan. Seperti dua orang saudara perempuan dan seorang saudara lelaki maka harta di bahagi empat bagi lelaki dua habuan dan setiap saudara perempuan satu bahagian.
  7.  datuk lelaki, jika ada, mereka muqasamah/berbahagi dengan datu jika itu yang menguntungkan datuk atau fardu dua pertiga jika datuk mendapat untung mengambil satu pertiga harta, ini jika tiada ahli fardu yang lain jika ada ahli fardu yang lain datu mengambil mana yang lebih menguntungkan antara meqasamah/berbahagi, satu pertiga baki atau satu perenam.
  8.  saudara perempuan seibu sebapa, jika ada dua orang, mereka terdinding dan jika ada seorang, mereka mengambil satu perenam

Bab pesaka 6

Mereka yang mengambil nispu/satu per dua

mereka yang makan fardhu satu per dua disebut nispu

pertama suami si mati apabila isteri tiada mempunyai anak atau cucu dipanggil furuk Waris jika ada furuk waris suami terhak satu per empat dipangil rubuk.

Kedua seorang anak perempuan ketika si mati tiada anak lelaki jika ada anak lelaki anak perempuan itu mengambil pesaka atas jalan asabah serta anak lelaki yang mana bagi lelaki bersamaan dua orang perempuan. Contoh seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan maka harta dibahagi tiga dua bahagian bagi anak lelaki dan satu bahagian bagi anak perempuan.

Ketiga seorang Cucu perempuan daripada anak lelaki ketika si mati tiada:

  1. anak perempuan, Jika ada anak perempuan maka cucu perempuan seorang atau lebih terhak satu per enam dipangil sudus.
  2. anak lelaki Jika ada anak lelaki cucu perempuan itu terdinding.
  3.  cucu lelaki daripada anak lelaki. Jika ada cucu lelaki dari anak lelaki, cucu perempuan itu makan asabah serta cucu lelaki itu.

Keempat seorang saudara perempuan seibu sebapa ketika si mati tiada:

  1. bapa, jika ada bapa dia terdinding.
  2. saudara lelaki seibu-sebapa, jika ada dia makan asabah bersama saudara lelaki seibu sebapa.
  3.  datuk lelaki, jika ada, dia terhak antara muqasama/berbahagi (yakni bagi datuk dua bahagian dan bagi dia satu bahagian) dan antara makan fardu satu per dua, ini kerana datuk apabila bersama saudara si mati sama ada saudara lelaki atau perempuan seibu sebapa atau sebapa maka datuk mengambil mana yang lebih menguntungkan antara muqasamah atau satu pertiga, jika tidak ada ahli fardu yang lain dan jika ada ahli fardu yang lain maka datuk mengambil yang mana satu yang lebih menguntungkan antara muqasamah atau satu pertiga baki atau satu perenam
  4. anak lelaki, jika ada, dia dihijab yakni tidak mempesakai.
  5.  cucu lelaki daripada anak lelaki, jika ada, dia dihijab yakni tidak mempesakai.
  6. anak perempuan, jika ada, dia makan asabah (dinamakan asabah maa gairi)
  7.  cucu perempuan daripada anak lelaki, jika ada, dia makan asabah (dinamakan asabah maa gairi)

Kelima seorang saudara perempuan sebapa ketika si mati tiada:

  1. bapa, jika ada bapa dia terdinding.
  2.  saudara lelaki seibu-sebapa, jika ada, dia terdinding.
  3.  Datuk lelaki, jika ada, dia terhak antara muqasama/berbahagi (yakni bagi datuk dua bahagian dan bagi dia satu bahagian) dan antara makan fardu satu per dua, ini kerana datuk apabila bersama saudara si mati sama ada saudara lelaki atau perempuan seibu sebapa atau sebapa maka datuk mengambil mana yang lebih menguntungkan antara muqasamah atau satu pertiga, jika tidak ada ahli fardu yang lain dan jika ada ahli fardu yang lain maka datuk mengambil yang mana satu yang lebih menguntungkan antara muqasamah atau satu pertiga baki atau satu perenam
  4.  anak lelaki atau cucu lelaki daripada anak lelaki furuk Waris, jika ada, dia terdinding
  5.  saudara lelaki sebapa, jika ada, dia makan asabah serta saudara lelaki sebapa bagi lelaki dua bahagian perempuan.

Bab Pesaka 5

Bab waris

Waris pihak lelaki 15 orang anak, lelaki, cucu lelaki daripada anak lelaki, bapa, datuk lelaki pihak bapa hingga ke atas, saudara lelaki seibu sebapa, saudara lelaki sebapa, saudara lelaki seibu, anak lelaki kepada saudara lelak seibu sebapa, anak lelaki kepada saudara lelaki sebapa, bapa saudara seibu-sebapa, bapa saudara sebapa, anak lelaki kepada bapa saudara lelaki seibu sebapa, anak lelaki kepada bapa saudara lelaki sebapa, suami dan tuan yang merdekakan

Waris pihak perempuan 10 orang. anak perempuan, cucu perempuan daripada anak lelaki, ibu, nenek perempuan sebelah ibu, nenek perempuan sebelah bapa, saudara perempuan seibu sebapa, saudara perempuan sebapa, saudara perempuan seibu dan perempuan yang memerdekakan hamba

Bab pesaka 4

Pekara yang menghalang dari mempasakai setelah ada padanya sebab sebab mempesakai

seorang yang telah ada padanya sebab-sebab perpusakaan itu boleh tertegah/terhalang pula daripada mewarisi dengan salah satu daripada tiga perkara

pertama berlainan agama antara Waris dan muwaris/simati Maka tiada pusaka antara orang Islam dengan orang kafir demikian juga sebaliknya seperti seorang kafir mati meninggalkan seorang anak lelaki muslim dan seorang bapa saudara kafir nescaya hartanya di pesakai oleh bapa saudaranya tidak anaknya itu. Demikian juga kalau seorang muslim mati meninggalkan seorang anak lelaki kafir dan seorang bapa saudara muslim nescaya hartanya di pesaka oleh bapa saudaranya tidak anaknya itu Maka ada anak pada dua masalah ini seperti tiada sekalipun Islam kafir itu sebelum dibahagi pesaka Kerana yang di kira waktu mati

yang kedua kehambaan ertinya jika ada seorang padanya sifat hamba maka ia tiada boleh mengambil pesaka daripada kerabatnya atau isterinya kerana Jikalau ia mempesakai jadilah benda yang dipersakai itu hak penghulunya maka Penghulu itu orang lain demikian juga kerabatnya dan isterinya tidak boleh mempesakai daripadanya kerana dia tidak memiliki harta

yang ketiga membunuh di dalam mazhab Syafi’i barang siapa yang menyebabkan kematian muwarisnya maka dia tidak mempesakai sekalipun penyebab kematian itu jauh. Seperti seorang Hakim menghukum muwarisnya kerana membunuh maka hakim itu tidak dapat makan pesaka daripada muwarisnya.

seorang pemandu yang membawa bapa atau anak yang mana berlaku kemalangan yang menyebabkan kematian pada bapa atau anak tidak dapat makan pesaka daripada bapa atau anak itu.

seorang yang memberi ubat kepada muwarisnya dan  mati muwarisnya maka orang itu tidak dapat makan pesaka kerana dia menyebabkan kematian

Bab pesaka 3

Sebab sebab yang membolehkan mengambil pesaka ada empat

1. kerabat [قرابة] seperti ibu, bapa, anak, dan lain.

2. penikahan maka mengambil pesaka salah seorang dari suami isteri dari taulannya apabila mati salah seorang.

3. walak [ولاء] yakni seorang yang memerdekakan hamba boleh mengambil pesaka dari hambanya yang telah dimerdekakan apabila mati hamba itu tidak meningalkan waris atau meningalkan waris tapi tidak menghabasi pesaka.

4. islam yakni harat pesaka yang tidak habis diambil oleh waris atau tidak ada waris yang mengambil pesaka sama sekali maka pesaka itu kembali ke baitulmal ini jika baitulmal teratur yaknin diurus dengan baik jika tidak dikembali [رد] kepada waris yang bukan suami atau isteri pada masalah ada waris tapi waris tidak menghabisi harta.

Tiga sebab diatas yakni sebab pertama hinga ke tiga ijmak ulamak dan sebab yang yang ke empat khilaf [خلاف] ulamak   mazhab.

Menurut mazhab Hanafi dan Hambali baitul mal tidak mempasakai samasekali.

Menurut Mazhab Syafie syarat baitul mal mempesakai hendalah baitul mal itu teratur

Menurut mazhab Maliki baitul mal mempesakai sama ada teratur atau tidak.

Bab Pesaka 2

Rukun pepesakaan ada tiga

1. muwaris [مورث] iaitu si mati yang meningalkan harta pesaka.

2. waris [وارث] iaitu mereka yang mengambil pesaka atau dikatakn juga orang yang mendapat habuan dari harta pesaka.

3. maurus [ موروث] iatu harta yang ditingal oleh si mati.  

Syarat bagi rukun.

Setiap satu rukun mestilah ada syaratnya pada apa sahaja bab

1. Syarat pada muwarris [مورث] ialah mesti yakin matinya maka tidak boleh dibahagi harta orang yang hilang yang tidak diketahui hidup atau matinya melainkan dihukum atau ditakdir oleh kadi akan matinya, pada ketika itu harus dibahagikan hartanya.

 2. Syarat pada waris [وارث]  yakin hidupnya pada ketika mati muwarris maka tidak boleh mengambil pesaka mereka yang disyaki hidupnya atau mati semasa mati muwarris seperti mereka yang mati dalam satu kenderaan yang berlaku kemalangan yang tidak diketahui siapa mati dahulu maka antara mereka tidak boleh pesaka mempesakai.

3. syarat pada harta hendaklah harta peninggalan itu yang didapati secara sebenar maka tidak jadi pesaka harta yang dirampas dan syarat lagi pada harta hendaklah telah telah dibayar hutang Dan telah diluluskan wasiat.

Bab Pesaka

Kitabul faraid [كتاب الفرائض]

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله

Sebelum pembahagian pesaka dijalankan mestilah diingat pekar yang bergantung dengan harta peningalan lima pekara.

1. menyelesikkan hak bergantung dengan zat harta si mati itu seperti zakat, jenayah, gadayan, nazar, kafarah, dan lain lain.

2. belanja pengurusan mayat yang berpatutan dengan mayat yakni tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah menurut kedaan mayat semasa hidupnya. Maksud dengan belanja pengurusan mayat disini ialah kain kapan, barang untuk kapan, upah, gali kubur, upah mengusung, dan lain daripada tiap tiap pekara yang diguna untuk urusan mayat.

3. membayar hutang si mati yang dia berhutang semasa hidup, termasuk upah haji yang wajib atasnya kerjakan semas hidup sedangkan dia tidak kerjaknnya.

4. meluluskan wasiat yang tidak lebih satu per tiga harta peningalan si mati jika wasiat itu bukan kepada ahli waris adapun wasiat bagi ahli waris hendaklah dapat kelulusan ahli waris yang lain, demikian juga tidak lulus wasiat yang lebih daripada satu per tiga harta melainkan dengan diluluskan oleh ahli waris pada yang lebih sahaja.

5. baki harta peningalan itu bergantung dengan hak waris maka harta itu jadi pesaka hendak lah dibahagi menurut hak masing masing.