Sembahyang الصلاة

*Sembahyang yang wajib dilakukan dalam sehari semalam adalah lima waktu.

*Tidak wajib besegera melakukan sembahyang setelah masuk waktu tetapi kewajipan sembahyang bermula dengan masuk waktu.

*Wajib bersegera mengerjakan sembahyang apabila waktu hampir habis sekira-kira dapat dilakukan sembahyang yang sempurna di dalam waktu.

Waktu sembahyang yang lima

Zuhur: masuk waktunya dengan gelincir matahari dan akhir waktunya dengan jadi bayang-bayang suatu bersamaan dengan diri suatu selain bayang-bayang rembang.

Asar: Masuk waktunya apabila panjang sedikit bayang-bayang suatu daripada diri suatu dan akhir waktunya dengan terbenam matahari keseluruhannya.

Magrib: Masuk waktunya setelah terbenam matahari dan berkekalan waktunya sehinga sempurna hilang sopak merah.

Isyak: Masuk waktunya dengan hilang sopak merah dan akhir waktunya dengan terbit fajar.

Subuh: masuk waktunya dengan terbit fajar berkekalan waktunya sehinga terbit matahari.

Syarat wajib sembahyang

Sembahyang diwajibkan bagi tiap-tiap orang yang ada ciri-ciri berikut

Islam

Cukup umur/baligh

Berakal

Suci daripada haidh dan nifas

Sejahtera pengelihatan dan pendengaran. Tidak wajib sembahyang mereka yang buta dan tuli walaupun boleh berkata-kata. Syarat tidak wajib sembahyang bagi mereka yang buta dan tuli apabila buta dan tuli terjadi sebelum mumaiz adapun buta dan tuli terjadi selepas mumaiz maka wajib baginya sembahyang.

Sampai seruan islam. Tidak wajib sembahyang mereka yang tingal di tempat yang tidak sampai seru seperti suatu tempat yang tidak sampai manusia yang lain daripada puak mereka sahaja.

Syarat-syarat sebelum masuk didalam sembahyang

Syarat pertama: Suci daripada hadas besar atau hadas kecil

Syarat kedua: Suci daripada najis yang tidak dimaafkan pada badan, pakayan, dan tempat sembahyang.

Syarat ketiga: Menutup aurat bagi orang kuasa. Adapun mereka yang lemah daripada menutup aurat wajib mereka itu sembahyang bertelanjang.

Orang yang sah sembahyang bertelanjang

Orang yang tiada kain untuk menutup aurat

Ada kain tetapi terkena najis serta tidak kuasa membasuhnya kerana ketiadaan air

Ada kain yang suci tetapi terpenjara ditempat yang bernajis maka pada masalah ini hendaklah seorang itu sembahayang bertelanjang dan menghamparkan kainnya pada tempat najis supsya dia bersembahayang diatasnya.

Seorang yang diberi kain tetapi tidak menirimanya kerana takut mengungkit-ungkit. Menerima pemberian orang adalah tidak wajib maka sah dia bersembahyang bertelanjang. Adapun orang yang diberi pinjam kain maka wajib dia menirima pinjam dan jika dia bersembahayang dengan bertelanjang tidak sah sembahyangnya.

Selain di dalam sembahayang wajib juga menutup aurat di hadapan manusia dan wajib menutup aurat ketika bersendiri walaupun di dalam gelap melainkan kerana hajat walaupun sekurang-kurang hajat seperti mandi, bersejuk-sejuk dan sebagainya. Makroh melihat aurat diri sendiri jika tidak kerana hajat.

Manakah yang dikatakan aurat?

Aurat lelaki:

Aurat lelaki sedang bersembahyang, di hadapan lelaki dan di hadapan mahrannya/perempuan yang haram nikah dengannya iaitu di antara pusat dan lutut.

Auratnya di hadapan bukan mahramnya/perempuan yang boleh nikah dengannya iaitu sekelian badan.

Auratnya ketika bersendirian iaitu dua kemaluannya.

Aurat perempuan yang merdeka dan khunsa/mereka yang tidak diketahui lelaki atau perempuan kerana mempunyai dua alat kelamin

Aurat perempuan yang merdeka dan khunsa di dalam sembahyang iaitu sekelian badannya melainkan muka dan dua tapak tangan serta belakang tapak tangannya sehinga pergelangan tangan.

Aurat perempuan dan khunsa di hadapan bukan mahramnya/orang yang boleh nikah dengannya iaitu sekelian badannya.

Aurat keduanya di hadapan perempuan yang kafir iaitu selain anggota yang zahir pada waktu berkerja.

Aurat keduanya di hadapan mahramnya, di hadapan perempuan yang islam dan ketika bersendiri iaitu antara pusat dan lutut.

Aurat hamba perempun walaupun hamba separuh dan hamba yang khunsa

Aurat mereka itu antara pusat dan lutut pada sekelian keadan melainkan di hadapan lelaki yang bukan mahramnya.

Aurat mereka itu di hadapan lelaki yang bukan mahramnya iaitu sekelian badannya.

Syarat keempat: Mengetahui cara sembahayang yakni tiap-tiap orang yang wajib sembahyang dapat  membezakan perbuatan dan bacan yang fardu dan yang sunat didalam sembahyang. Sah sembahayang seorang yang mengap sekelian perbuatan dan bacaan di dalam sembahyang adalah fardu. Begitu juga mereka yang mengap sebahagian perbuatan dan bacaan didalam sembahyang adalah fardu dan sebahagiannya pula sunat dengan tidak membezakan sedangkan dia orang awam yakni bukan ulamak dan pelajar ugama.

Syarat kelima: Suci tempat sembahyang samaada dengan yakin atau sangka yang kuat bahawa tempat itu tidak bernajis. Disyarat jangan bersentuh tubuh orang yang sembahyang dengan najis semasa berdiri, rukuk, atau sujud.

Syarat keenam: Mengetahui masuk waktu atau zan/sangka yang kuat telah masuk waktu dengan ijtihad yakni bersunguh-sunguh mencari dalil telah masuk waktu. Seperti melihat beberapa buah jam yang bersamaan masanya untuk membuktikan tidak tersilap masanya atau kokok ayam yang sudah dicuba beberapa kali. Dikehendaki dengan ijtihad/bersunguh-sunguh mencari dalil telah masuk waktu iaitu mengamat-amati bahawa tidak cepat waktu yang ditunjuk. Tidak sah sembahyang dengan berpegang perkara yang tersebut itu dengan ketiadan ijtihad.

Syarat ketujuh: Menghadap ain/tubuh kiblat dengan dada  yakni wajib membetuli sekelian badannya pada kiblat dan dadanya menghadap kiblat. Sekiranya terkeluar sebahagian badannya dari kiblat maka tidak sah sembahyangnya, begitu juga jika berpaling dadanya dari kiblat maka tidak sah sembahyangnya. Yang dikehendaki dengan menghadap dada kepada kiblat ialah lintang dada dari bahu kanan hinga bahu kiri.

Menghadap kiblat itu sama ada dengan yakin seperti berada di hadapan Kabah atau dengan zan yakni mengetahui ain/tubuh Kabah dengan jalan ijtihad bagi mereka yang tidak nampak Kabah.

Keadaan yang mengharuskan meningal menghadap kiblat:

1. Ketika bersangatan takut pada perang yang harus seperti perang muslimin akan kafir harbi, atau perang pemerentah yang adil akan penderhaka. Apabila sembahyang mereka ini tanpa menghadap kiblat maka tidak wajib mengulang sembahyang atau menqadanya.

Maksud mengulan ialah diulang sembahyang dalam waktu, dan maksud qada ialah melakukan sembahyang pada luar waktunya

2. Sembahyang sunat musafir di atas kenderaan dengan syarat musafir yang harus, maka tidak harus sembahyang sunat musafir dengan tidak menghadap kiblat bagi mereka yang bermusafir kerana hendak buat maksiad.

Sembahyang tasbih

Fadilat sembahyang sunat tasbih

Berkata Rasullah صلي الله عليه وسلم  kepada pak saudaranya Abbas رضي الله عنه  bahawa pahala sembahyang tasbih amat besar. Jikalau adalah dosa mu sebanyak buih dilaut atau seperti kersik di bumi sekalipun nescaya diampunkan oleh Allah dosa mu.

Berkata Tajul subki dan lainnya tidaklah orang yang meningalkan sembahyang tasbih melainkan orang yang meringankan agamanya.

Mafhum hadis riwayat Bayhaqi, Tirmizi dan Abi Daud. Barang siapa kuasa kuasa mengerjakan sembahyang tasbih hendaklah di kerjakan setiap hari sekali maka jika tidak kuasa sejumat sekali maka jika tidak kuasa sebulan sekali maka jika tidak kuasa setahun sekali maka jika tidak kuasa seumur hidup sekali.

Cara mengerjakannya

Sekiranya dilakukan sembahyang tasbih pada siang hari maka disembahyang empat rakaat dengan satu salam sementara jika di lakukan pada malam maka hendaklah disembahyangkan dua rakaat dengan satu salam kemudian dua rakat lagi satu salam.

1. Mulakan sembahyang sunat tasbih dengan niat.

Ini niat sembahyang tasbih empat rakaat أصلي سنة التسبيح اربع ركعات لله تعالي maka lintaskan didalam hati sahaja aku sembahyang sunat tasbih empat rakaat kerana Allah تعالي

Ini niat sembahyang tasbih dua rakaat أصلي سنة التسبيح ركعتين لله تعالي maka datangkan niat dalam hati sahaja aku sembahyang sunat tasbih dua rakaat kerana Allah تعالي.

2. Baca doa’ iftitah (الله أكبركبيرا والحمد لله كثيرا ) hinga selesai.

3. Baca al- fatihah.

4. Baca surah (ألهاكم التكاثر) hinga selesai.

5. Dibaca lima belas kali tasbih ini (سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم).

6. Rukuk dan baca tasbih rukuk kemudian baca tasbih ini sebanyak sepuluh kali (سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم).

7. A’tidal dan baca tasbih sepuluh kali (سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم).

8. Sujud pertama baca tasbih sujud kemudian baca tasbih ini sepuluh kali (سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم).

9. Duduk antara dua sujud dan baca (رب اغفر لي وارحمني واجبرني) hinga selesai kemudian dibaca tasbih ini sepuluh kali (سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم).

10. Sujud kedua dibaca tasbih sujud kemudian dibaca tasbih ini sepuluh kali (سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم).

11. Bangkit dari sujud dan duduk istiraha (berehat sebentar) dibaca tasbih ini sepuluh kali (سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم).

Kemudian bangkit pada rakaat kedua

1. Baca Al-Fatihah.

2. Baca surah (والعصر) hinga selesai.

3. Dibaca lima belas kali tasbih ini (سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم).

4. kemudia ikut atoran diatas dari No. 6 hinga No. 10.

5. kemudia bangkit dari sujud dan duduk tahyat dan dibaca tahyat dan selawat kemudian dibaca tasbih ini sepuluh kali (سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم). Kemudian beri salam jika disembahyangkan pada malam dan diperbuat dua rakaat lagi dan dibaca pada rakaat pertama selepas fatihah (قل يا أيها الكافرون) hinga selesai dan di ikut aturan di atas dari No. 5 hinga No. 11. Kemudian bangkit rakaat kedua dibaca (قل هو الله أحد) hinga selesai kemudia ikut atoran seperti di atas pada rakaat kedua.

Setiap serakaat tujuh puluh lima kali tasbih jadi keseluruhan tasbihnya tiga ratus kali tasbih.

Rinkasan tasbih setiap selepas baca surah lima belas kali, dan tasbih dibaca sepuluh kali pada rukuk, i’tidal, sujud, duduk antara dua sujud, sujud kedua, duduk istirahah atau tahyat.

Apa itu Syubhat?

إن الله طيب لا يقبل إلا طيباً، وقد أمر المؤمنين بما أمر به المرسلين، فقال -جل وعلا-: {يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا} [(51) سورة المؤمنون] وقال -جل وعلا-: {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُلُواْ مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ} [(172) سورة البقرة] ثم ذكر الرجل يطيل السفر، أشعث أغبر، يمد يديه إلى السماء، يا رب، يا رب، ومطعمه حرام، ومشربه حرام، وملبسه حرام، وغذي بالحرام، فأنى يستجاب له

Sesungguhnya Allah itu baik tidak menerima kecuali yang baik. Sesungguhnya Allah memerintahkan orang-orang beriman seperti apa yang diperintahkan kepada para Rasul, lalu Dia berfirman, ‘Wahai para Rasul! Makanlah makanan yang baik dan lakukan amal solih, sesungguhnya Aku Maha Melihat apa yang kamu kerjakan’. ( Al Mu`minûn: 51) Dia juga berfirman, ‘Wahai orang-orang beriman! Makanlah makanan yang baik dari apa yang Kami rezekikan kepada kamu’.” (Al Baqarah: 172) Selanjutnya beliau bersabda, “Ada orang lelaki yang melakukan perjalanan jauh, rambutnya berdebu, menadahkan kedua tangannya ke langit sambil berkata, ‘Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku!’ sementara makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, dan diberi makan makanan yang haram, maka bagaimana doanya dikabulkan.” Riwayat Imam Muslim

عن أبي عبد الله النعمان بن بشير رضي الله عنهما قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: «إن الحلال بيّن وإن الحرام بيّن، وبينهما أمور مشتبهات لا يعلمهن كثير من الناس، فمن اتقى الشبهات فقد استبرأ لدينه وعرضه، ومن وقع في الشبهات وقع في الحرام، كالراعي يرعى حول الحمى يوشك أن يرتع فيه، ألا وإن لكل ملك حمى ألا وإن حمى الله محارمه. ألا وإن في الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله. وإذا فسدت فسد الجسد كله: ألا وهي القلب»  رواه البخاري و مسلم

Dari Abi Abdillah an Nu’man bin Basyir telah mereda oleh Allah akan keduanya, beliau berkata : Aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesungguhnya yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas. Dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara syubhat (samar atau tidak jelas) yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Maka barangsiapa yang memelihara (dirinya) dari syubhat, maka sesunguhnya ia telah berlepas diri (demi keselamatan) agama dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang jatuh ke dalam syubhat, ia pun jatuh ke dalam yang haram. Bandingannya seperti seorang penggembala yang menggembalakan haiwan ternaknya di sekitar kawasan terlarang, maka hampir-hampir (dikhawatiri) akan memasukinya. Ketahuilah, sesungguhnya setiap raja memiliki kawasan larangan. Ketahuilah, sesungguhnya kawasan larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkanNya. Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh terdapat segumpal daging. Apabila ia baik, nescaya baiklah seluruh tubuhnya. Dan apabila ia rosak, nescaya rosak seluruh tubuhnya. Ketahuilah, segumpal daging itu adalah hati”. riwayat al Bukhari dan Muslim

Allah dan Rasul melarang umat islam memakan makanan yang haram dan menakuti dari menghampiri yang syubhat. setiap orang muslim wajib fardu ain mencari yang halal dan menjauhkan diri dari yang haram. Mereka juga diwajibkan akan sebagai wajib fardu kifaya bagi satu-satu tempat menyediakan keperluan orang ramai dengan jalan berniaga barang keperluan. Walau pun duit yang kita dapat dari hasil yang halal tapi sekiranya kita makan dari produk yang syubhat lebih lebih lagi yang haram maka tubuh kita jadi berat hendak melakukan kebajikan.

Pekara yang wajib diketahui oleh peniaga dan pembeli

Hukum jual beli

Jual beli ialah satu akad untuk memiliki secara kekal sesuatu barang yang berupa harta atau manfaat dengan cara tukar menukar menurut syarat-syaratnya.

Keterangan bagi takrif di atas:

  • Akad adalah suatu perjanjian yang dilakukan diantara sesama manusia menurut syarat-syarat yang ditentu oleh syarak.
  • Memiliki secara kekal sesuatu yang berupa harta ialah menjadikan barangan yang telah dibeli kepunyan sendiri, seperti rumah milik sendiri.
  • Memiliki secara kekal sesuatu yang berupa menfaat ialah memiliki menfaat barangan secara kekal dengan membeli menfaat sesuatu barang tetapi tidak memiliki diri barang itu seperti membeli menfaat lalu diats tanah orang lain, besalahan menfaat yang dimiliki tidak secara kekal seperti rumah yang disewa maka tamat memiliki menfaatnya setelah tamat sewaan.
  • Tukar menukar ialah menukar barang yang dijual (harta) dengan harga (harta). Adapun nikah bukanlah pertukaran harta dengan harta maka ia tidak dipangil jual beli.

Rukun jual beli ada enam

1. Penjual. 2. Pembeli. 3. Barang yang dijual. 4. Harga. 5. Ijab. 6. Qabul.

Contoh jual beli menurut rukun di atas:

Ali hendak menjual tanah kepada Osman lalu ia berkata ” aku jual tanah ini kepada engkau dengan harga tiga puluh ribu” jawab Osman “aku beli tanah ini dengan harga tiga puluh ribu” maka Ali adalah penjual, Osman adalah pembeli, tanah ialah barang yang dijual, tiga puluh ribu ialah harga, kata-kata Ali ialah ijab dan jawab Osman ialah Qabul.

Penjual dan pembeli

Syarat bagi penjual dan pembeli ada empat iaitu baligh, berakal, orang yang dibenarkan menguna harta, dan berjual beli dengan kemahuan sendiri. Ditambah dua syarat bagi pembeli iaitu beragama islam jika barang yang dibeli al-Quran dan bukan kafir harbi jika barang yang dibeli senjata atau alat perang.

Keterangan bagi syarat diatas

  • Baligh: kanak-kanak tidak sah berjual-beli.
  • Berakal: orang yang tidak berakal seperti orang gila jual-belinya tidak sah.
  • Orang yang boleh mengunakan harta: orang yang dilarang oleh mahkamah memperguna hartanya, seperti seorang yang muflis (benkrap) adalah tidak sah jual-belinya.
  • Kemahuan sendiri: tidak sah jual beli orang yang dipaksa,  kecuali orang yang dipaksa oleh mahkamah menjual hartanya untuk membayar hutang maka jual beli itu adalah sah.
  • Beragama islam pembeli al-Quran: syarat ini mengandungi beberapa masalah
  1. Orang kafir tidak sah membeli dengan niat memiliki al-Quran atau barang yang tertulis al-Quran dengan kasad al-Quran walaupun satu huruf.
  2. Orang kafir boleh memiliki mata wang yang tertulis al-Quran kerana hajat dan kerana tulisan itu tidak dikasadkan al-Quran.
  3. Orang kafir tidak sah mewakilkan orang islam membeli al-Quran untuk dirinya.
  4. Orang kafir sah menjadi wakil bagi orang islam membeli al-Quran dengan syarat dia tidak memegang al-Quran itu tetapi hendaklah yang mengambil al-Quran itu orang yang mewakilkan dia atau wakil yang beragama islam.
  5. Hukum orang murtad membeli al-Quran sama seperti orang kafir.
  • Bukan kafir harbi pembeli senjata dan alat perang: pembeli senjata dan alat perang hendaklah bukan dari dua golongan berikut
  1. Kafir zimmi yang tidak tingal di dalam negara islam.
  2. Kafir harbi.

Kedua golongan ini tidak sah membeli senjata dan alat perang.

Yang dimaksudkan dengan senjata ialah pedang, tombak, senapang, pistol dan sebagainya. Yang dimaksudkan dengan alat perang ialah tiap-tiap alat yang diguna bagi maslahah peperangan seperti perisai, baju kalis peluru, jet pejuang, dan sebagainya.

Kafir zimmi yang menjadi penduduk negara islam adalah sah membeli senjata dengan syarat bukan untuk kafir harbi.

Secara ringkasnya kafir zimmi ialah orang kafir yang diberi kebenaran tingal di dalam negara islam dan mengaku taat menurut perintah islam dan kafir harbi ialah kafir yang diwajibkan ke atas umat islam memerangi mereka itu.

Tidak menjadi kesalahan menjual besi atau apa sahaja yang boleh dijadikan senjata kepada kafir harbi kerana tidak yakin mereka itu buat senjata dengan barang tersebut.

Lima syarat bagi barang yang dijual dan harga

  1. Hendaklah keduanya suci.
  2. Ada manfaat pada keduanya
  3. Barang yang dijual dan harga dapat diserahkan.
  4. Barang yang dijual dimiliki oleh penjual dan harga dimiliki oleh pembeli.
  5. Barang yang dijual dan harga diketahui oleh penjual dan pembeli.

Keterangan bagi syarat hendaklah keduanya suci

  • Barang yang dijual dan harga hendaklah suci seperti ikan, kain, daging binatang yang boleh dimakan dan sebagainya.
  • Barang yang tidak suci ialah suatu yang najis seperti anjing, babi, arak, darah, gading gajah, bulu binatang yang tidak boleh dimakan, dan sebagainya yakni tiap-tiap benda yang najis, maka barangan sedemikian tidak sah dijual atau dijadikan harga.
  • hukum menjual barang yang terkena najis atau dijadikan harga terbahagi tiga:
  1. Benda yang dapat disuci seperti kain yang terkena najis adalah sah dijual atau dijadikan harga.
  2. Benda yang tidak dapat disuci dan ia asing dengan sendirinya seperti minyak yang terkena najis dan tiap-tiap cecair yang terkena najis adalah tidak sah dijual atau dijadikan harga.
  3. Benda yang tidak dapat disuci dan ia tidak asing dengan sendiri seperti tanah yang ada di atasnya binaan yang bercampur dengan tahi atau rumah yang dibina daripada najis binatang adalah sah dijual atau dijadikan harga kerana najis itu dihukumkan mengikut benda yang dijual dan akad jual beli itu jatuh pada benda yang suci manakala najis itu dihukumkan mengikut benda yang suci dengan cara berpindah tangan.
  • Baja daripada tahi adalah tidak sah dijual-beli, tetapi dengan jalan berpindah tangan seperti bersedekah, pemberian, atau wasiat adalah sah. Disini ada satu helah untuk mendapat balasan dari pemberian baja tahi iaitu dengan mengambil upah mengangkut atau membungkus.

Keterangan bagi syarat ada manfaat pada keduanya

  • Barang yang dijual atau harga hendaklah ada manfaat yang diharus oleh syarak seperti rumah untuk diduduki, beruk untuk panjat pokok kelapa, jam untuk mengetahui masa dan sebagainya.
  • Sah menjual atau menjadikan harga sesuatu yang ada manfaat pada masa hadapan seperti anak beruk yang belum boleh memanjat.
  • Benda yang tidak ada manfaat ialah seperti segala binatang yang melata dibumi seperti cacing, ular dan jenking kerana tiada manfaat baginya pada syarak untuk dibandingkan dengan harta. Adapun segala manfaat atau khasiat yang ada padanya adalah tidak dianggap manfaat pada syarak.
  • Binatang buas seperti harimau, singa dan sebagainya tidak mempunyai menfaat kerana tidak boleh diguna untuk memburu atau tidak boleh diguna sebagai penuggu maka hukum menjual atau dijadikan harga adalah tidak sah.
  • Harimau bintang menfaatnya untuk memburu, gajah menfaatnya dijadikan kenderaan, kucing menfaatnya menangkap tikus, dan kera menfaatnya menjadi penuggu atau memetik buah kelapa maka sah dijual atau dijadikan harga.
  • Dua biji gandom atau dua biji beras adalah tidak sah menjualnya atau dijadikan harga kerana tiada menfaat baginya untuk dibandingkan dengan harta pada kebiasan sebab sedikit.

Keterangan bagi syarat barang yang dijual atau harga dapat diserahkan

  • Penjual hendaklah mempastikan barang yang dijual dapat diserah kepada pembeli sementara pembeli pula dapat menyerahkan harga pada penjual adapun barang yang dijual atau harga yang tidak dapat diserah maka jual beli itu tidak sah.
  • Barang yang dirampas, binatang yang lari atau sesat, burung terbang atau lebah yang terbang ibunya dan ikan didalam kolam yang luas sekira-kira payah mengambilnya adalah contoh barangan yang tidak dapat diserahkan.
  • Menjual kepada seorang yang sangup mendapatkannya barang yang dirampas atau binatang yang lari adalah sah.
  • Sah menjual lebah yang mana ibunya didalam sarang kerana boleh dipegang pada adat kebiasan bahawa lebah itu akan kembali ke sarang sementara menjual burung yang beradat kembali ke sarang adalah tidak sah kerana tidak dapat dipegang adat kebiasan kembali ke sarang.
  • Tidak sah menjual atau dijadikan harga sebahagian daripada satu barang ap abila ia dibahagi jadi binasa atau mengurangkan harga seperti menjual sebahagian daripada satu tempayan atau menjual batu permata pada cincin apabila diceraikan jadi kurang harganya adapun menjual atau dijadikan harga, batu permata pada cicin yang tidak jadi kurang harga batu itu dan juga cincinnya maka juala belinya adalah sah.
  • Sah menjual atau dijadikan harga sebahagian daripada satu barang apabila dibahagi ia tidak binasa atau tidak kurang harganya, seperti menjual sebahagian rumah.
  • Hukum menjual barang yang digadai adalah seperti berikut:
  1. Barang yang digadai dan telah diserahkan kepada pemegang gadai adalah tidak sah menjualnya tanpa izin daripada pemegang gadai.
  2. Sah menjualnya jika dijualkan kepada pemegang gadai.
  3. barang yang digadai sebelum diserahkan kepada pemegang gadai adalah sah menjualnya walaupun tanpa izin daripada pemegang gadai.

Keterangan bagi syarat barang yang dijual didalam milik penjual dan harga didalam milik pembeli.

  • Barang yang dijual hendaklah ada didalam kekuasan penjual samaada penjual itu tuan barang, wakil atau orang yang diberi izin oleh agama menjualnya seperti bapa dibolehkan menjual harta anaknya yang belum baligh atau gila atau kadi dibolehkan menjual harta orang yang tidak mahu membayar hutang. Oleh itu adalah tidak sah menjual suatu benda yang bukan milik penjual atau belum menjadi milik penjual seperti seorang yang menjual barang yang telah dibeli sebelum dia menerima barang tersebut kerana barang itu belum jadi miliknya sekalipun dia telah membelinya.
  • Tidak sah menjual sesuatu yang tidak diwakilkan untuk menjualnya kerana barangan itu tiada didalam kekuasannya.
  • Tidak sah jual beli orang yang tidak diizin oleh agama.
  • Seorang yang tiada kena mengena dengan sesuatu barang tiba-tiba dia menjual barang itu atau dijadikan harga dinamakan jual fuduli maka jual itu tidak sah sekalipun diluluskan oleh pemilik. Dalam pada itu tersebut didalam kitab Tuhfah “jual fuduli terletak diatas kelulusan pemilik, jika dia meluluskannya maka sah jualan itu sekiranya dia tidak meluluskannya maka tidak sah”.
  • Seorang yang menjual harta orang yang dia boleh warisi harta orang itu pada hal ia menyangka warisnya itu masih hidup kemudian ternyata warisnya itu telah mati semasa jualan berlaku maka sah jualannya.

Keterangan bagi syarat barang yang dijual dan harga diketahui oleh penjual dan pembeli.

  • Penjual dan pembeli hendaklah mengetahui ketentuan barang yang dijual dan harga, kadar keduanya dan sifat keduanya.
  • Yang dimaksudkan dengan ketentuan barang yang dijual dan harga  ialah kedua pekara tersebut hendaklah ditentukan dengan apa-apa cara yang boleh membeza antara keduanya dangan barangan lain yang tiada kena mengena dalam akad jual beli.
  • Jualan dengan lafaz “aku jual salah satu daripada dua kereta ini kepada engkau dengan harga lima puloh ribu” adalah tidak sah kerana penjual tidak menentukan barang yang mana hendak dijual.
  • Disyaratkan mengetahui kadar pada jual benda yang bercampur seperti menjual segantang beras daripada timbunan ini dengan harga sekian.
  • Menjual satu timbunan beras yang tiak diketahui sukatannya deng kadar tiap-tiap satu gantang tiga ringit adalah sah kerana diketahui kadarnya iaitu tiap-tiap satu gantang tiga ringit.
  • Sah menjual tanah dengan seumpama kata penjual “aku jual tanah ini pada kadar tiap-tiap satu kaki persegi tujuh ringit”.
  • Tidak sah jualan seumpama kata penjual ” aku jual padi sepenuh tong ini dengan harga sekian, atau aku jual emas seberat batu ini dengan harga sekian” jika salah seorang daripada penjual atau pembeli tidak mengetahui kadar sepenuh tong itu atau berat batu itu tetapi jika keduanya mengetahui kadar sepenuh tong itu atau berat batu itu sebelum akad jual beli nescaya sah.
  • Tidak sah menjual atau menjadikan harga sesustu yang tidak dilihat oleh salah seorang daripada penjual dan pembeli.
  • Melihat barang yang dijual adalah termasuk dalam kata mengetahui.
  • Sah tetapi makroh menjual timbunan padi yang ditentukan serta dilihat kerana terkadang membawa penyesalan.
  • Sah menjual benda yang telah dilihat oleh penjual dan pembeli kemudian selang beberapa masa keduanya berakad jual beli sebelum berubah benda yang hendak dijual pada kebiasannya seperti tanah, besi dan emas, tetapi jika benda itu pada kebiasannya berubah sebelum waktu akad jual beli seperti makanan maka akad jual beli itu tidak sah.
  • Menjual benda yang dilihat sebahagiannya sedangkan ia sama dengan bahagian yang tidak dilihat seperti melihat sebelah luar satu timbunan padi maka jual belinya adalah sah, tetapi jika ternyata bahagian yang dilihat tidak sama dengan bahagian yang tidak diliha maka bolehlah pembeli memilih meneruskan jual beli atau membatalkannya.
  • Tidak sah menjual benda yang dilihat sebahagiannya sedangkan ia tidak sama dengan bahagian yang lain seperti melihat sebelah lua setimbun tembekai kerana tiap-tiap sebiji tembikai tidak sama antara satu sama lain.
  •  Sah menjual benda yang dilihat sebelah luar sahaja sedangkan ia memelihara sebelah dalam seperti durian, telor yang dilihat kulitnya, kelapa yang dilihat tempurongnya dan sebagainya.
  • Melihat benda yang dijual hendaklah menurut keadaan dan kebiasaannya seperti:
  1. Rumah; hendaklah melihat dinding, atap saluran air dan keluasannya.
  2. Kebun; dilihat pohon kayu, pagar, parit dan keluasannya.
  3. Binatang; dilihat sekelian tubuhnya.
  4. Kain; dilihat kedua belahnya dan hendaklah dibuka segala lipatannya.
  5. Buku; dilihat tiap-tiap lambarannya.
  • Wajib mesifat seperti sifat jual salam (jual sesuatu dengan cara tempah) pada barang yang tidak ada semasa akad jual beli berlagsong. Akad ini termasuk dalam jual beli bukan jual salam kerana mengikut pada lafaz jual beli. Oleh itu tidak disyaratkan menyerahkan harga sebelum berpisah penjual dan pembeli, adapun jual salam disyaratkan menyerah harga sebelum berpisah keduanya.

Peringatan;  Tiap-tiap barang yang boleh dijual boleh dijadikan harga maka syarat keduanya adalah sama. Oleh itu keterangan bagi harga adalah sama dengan barang yang dijual.

Ijab dan kabolo

  • Ijab ialah memberi tawaran sesuatu supaya diterima. Ijab pada jual beli ialah tawaran menjual sesuatu kepada pembeli dengan harga tertentu.
  • Kabul ialah menerima. Kabul pada jual beli menerima tawaran sesuatu yang dijual.
  • Ijab dan kabul secara bergurau adalah sah kerana makna pada lafaznya dikehendaki. Adapun ijab dan kabul secara mengejek atau bersenda tidak sah kerana makna pada lafaznya tidak dikehendaki bahkan yang dikehendaki pada lafaznya adalah mengejik atau bersenda.
  • Harus mendahulukan kabul sebelum ijab seperti pembeli berkata engkau jual kepada aku buku ini dengan harga sepuloh ringit kemudian menjawab penjual aku jual kepada kamu.
  • Contoh lafaz ijab:
  1. “Aku jual barang ini kepada engkau dengan harga sepuloh ringit”.
  2. “Barang ini untuk engkau dengan harga sepuloh ringit”.
  3. “Barang ini jadi milik kamu dengan harga sepuloh ringit”.
  4. “Aku beri barang ini kepada kamu dengan harga sepuloh ringit”.
  • Contoh lafaz Kabul:
  1. “Aku beli barang ini dengan harga sepuloh ringit”.
  2. “Aku terima barang ini dengan harga sepuloh ringit”.
  3. “Aku ambil barang ini dengan harga sepuloh ringit”.
  4. “Aku miliki barang ini dengan harga sepuloh ringit”.
  • Sah menjawab dengan lafaz “ya” pada seumpama kata pembeli aku jual kitab ini dengan harga lima ringit atau pada kata penjual engkau jual buku ini pada aku dengan harga lima ringit.
  • Sebagai ganti ucapan, isyarat orang bisu pada ijab dan kabul adalah sah.
  • Sah ijab dan kabul dengan tulisan jika penjual menulis surat kepada pembeli yang tidak hadir pada majlis akad dengan syaratkan pembeli melafazkan kabul setelah dia selesai membaca lafaz ijab, adapun pembeli yang tidak melafazkan kabul setelah selesai membaca lafaz ijab bahkan dia bercakap dengan perkatan yamg lain maka tidak sah ijab dan kabul itu.
  • Menulis kata-kata ijab kepada pembeli yang hadir di majlis akad adalah sah mengikut pandangan Imam Subki jika pembeli mengucap lafaz kabul dengan segera.

Syarat bagi ijab dan kabul 

  1. Ijab hendaklah diikuti oleh kabul dengan segera.
  2. Ijab dan kabul hendaklah didengar oleh orang yang hampir dengan orang yang melafazkannya.
  3. Hendaklah bersamaan ijab dan kabul pada makna walaupun berlainan pada lafaz.
  4. Hendaklah didalam ijab dan kabul tidak dita’lik jual beli dengan sesuatu.
  5. Hendaklah didalam ijab dan kabul tidak diwaktukan jual beli.
  6. ijab tidak berubah sebelum adanya kabul.

Keterangan bagi syarat Ijab hendaklah diikuti oleh kabul dengan segera

  • Ijab dan kabul tidak diselangi oleh perkataan yang tidak kena mengena dengan akad jual beli.
  • Ijab dan kabul tidak diselangi oleh diam yang panjang kira-kira boleh menimbulkan perasaan bahawa pembeli tidak mahu mengucapkan kabul.
  • Tidak mengapa antara ijab dan kabul diselangai oleh diam sekejap.

Keterangan bagi syarat Ijab dan kabul hendaklah didengar oleh orang yang hampir dengan orang yang melafazkannya.

  • Hendaklah penjual dan pembeli melafazkan ijab dan kabul sehinga mendengar orang yang hampir dengan mereka.
  • Tidak disyaratkan lafaz ijab dan kabul didengar oleh taulannya yang berakad.
  • Ijab dan kabul yang tidak didengar oleh orang yang hampir adalah tidak sah kerana seolah-olah tidak berlaku ijab dan kabul.

Keterangan bagi syarat hendaklah bersamaan ijab dan kabul pada makna walaupun berlainan pada lafaz.

  • Bersamaan ijab dan kabul pada makna seperti pada jenis barang yang dijual atau harganya, sifatnya, bilangannya, dan tunai atau bertangoh.
  • Contoh bersamaan lafaz dan makna:

“Aku jual jam ini kepada kamu dengan harga seratus ringit tunai”, pembeli menjawab “aku terima jam ini dengan harga seratus ringit tunai” maka jual beli ini adalah sah.

  • Contoh bersalahan makna:

“Aku jual baju ini dengan harga sepuloh ringit tunai”,  jawab pembeli “aku beli baju ini dengan harga sepuloh ringit bertangoh” maka jual beli ini adalah tidak sah.

  • Contoh bersamaan makna berlainan lafaz:

“Aku jual barang ini dengan harga sepuloh ringit bertangoh”, jawab pembeli “aku beli barang ini dengan harga sepuloh ringit hutang” maka jual beli ini adalah sah.

Keterangan bagi syarat hendaklah didalam ijab dan kabul tidak dita’lik jual beli dengan sesuatu

  • Ta’lik ialah mengantongkan satu pekerjan dengan sesuatu.
  • Ta’lik dalam jual beli ialah mengantongkan lulusan jual beli dengan satu pekara
  • Jual beli yang berta’lik adalah tidak sah
  • Contoh jualbeli yang berta’lik:
  1. “Aku jual tanah ini kepada kamu dengan harga sepuloh ribu ringit jika bapa ku mati”.
  2. “Aku jual kasut ini kepada kamu jika isteri ku mengandong”.

Keterangan bagi syarat hendaklah didalam ijab dan kabul tidak diwaktukan jual beli

  • Mewaktukan jual beli ialah menghadkan masa pada jual beli yakni barang yang dijual berada didalam milik pembeli pada masa yang ditetapkan didalam akad.
  • Jual beli yang dihadkan masa adalah tidak sah
  • Contoh jual beli yang diwaktukan:
  1. “Aku jual barang ini dengan harga sepuloh ringit selama sebulan”.
  2. “Aku jual barang ini kepada kamu dengan harga lima ringit sepanjang bulan ramadan”.

Keterangan bagi syarat ijab tidak berubah sebelum adanya kabul.

  • Perubahan ijab sebelum datangnya kabul adalah tidak sah sekiranya penjual tidak melafazkan ijab pada kali kedua dengan sempurna adapun jika penjual melafazkan ijab pada kali kedua dengan sempurna maka sah ijabnya.
  • Contoh ijab yang berubah tidak sempurna:

“Aku jual barang ini dengan harga lima ringit bahkan sepuloh ringit” maka ijab ini adalah tidak sah.

  • Contoh ijab yang berubah dengan sempurna:

“Aku jual barang ini dengan harga lima ringit, aku jual barang ini dengan harga sepuloh ringit” maka lafaz ijab ini adalah sah.

Riba

Riba disudut bahasa ialah lebih dan disisi syarak ialah suatu akad tukar menukar yang tertentu yang tidak diketahui sama atau tidak tukaran itu mengikut ukuran syarak pada ketika akad dilakukan atau akad tukar menuka yang dilambatkan menirima kedua tukaran itu atau salah satu daripadanya.

Keterangan bagi takrif

  • Akad tukar menuka yang tertentu ialah suatu perjanjian yang terjadi keatas barangan yang ada sebab riba, seperti emas, perak dan makanan.
  • Tidak diketahui sama atau tidak tukaran itu ialah tidak diketahui adakah berlebihan atau sama diantara dua tukaran itu, ataupun nyata salah satu daripada keduanya tidak sama.
  • Mengikut ukuran syarak ialahsukatan bagi barang yang disukat, timbangan bagi barang yang ditimbang, bilangan bagi barang yang dibilang dan ukuran bagi barang yang diukur.
  •  Ketika akad dilakukan ialah kadar barangtidak diketahui pada ketika akad dilakukan. Jika diketahui bahawa tukaran itu adalah sama selepas akad dilakukan seperti seorang menjual beras dengan beras secara agakyakni tidak ditimbang atau disukat,kemudian daripada akad ternyata kedua beras itu sama berat timbangannya atau sama sukatannya maka jual beli itu adalah riba.
  • Akad tukar menukar yang dilambatkan menirima kedua tukaran itu atau salah satu daripadanya ialah kedua-dua barang yang dijual dan harga tidak diserah pada majlis akadatau salah satu daripada keduanya tidak diserah pada majlis akad.

Jenis riba

  • Riba ada empat jenis

1.     Riba fadhl(ربا الفَضْلِ)

2.     Riba qard (ربا القَرْضِ)

3.     Riba yad(ربا اليَدِ)

4.     Riba nasa’(ربا النَسَاءِ)

  • Riba fadli ialah menukarkan dua barang yang sama jenis tetapi tidak sama sukatan, timbangan atau ukuran, seperti menukar lima gram emas dengan enam gram emas atau menukar segantang beras dengan dua gantang beras.
  • Riba qard ialah menghutangkan sesuatu dengan syarat ada keuntungan bagi orang yang memberi hutang, seperti menghutangkan seratus ringit dengan syarat hendaklah dibayar seratus sepuloh ringit.
  • Riba yad ialah suatu akad jual beli yang tidak dilakukan penyerahan barang yang dijual dan harga di tempat berakad, seperti Husin menjual dua gantang beras kepada Ramli dengan harga tiga gantang gandom, kemudian kedua mereka becerai dari majlis akad dengan tidak menyerahkan beras dan gandom kepada taulan masing-masing.
  • Riba nasa’ ialah suatu akad jual beli dengan syarat barang yang dijual atau harga dilambatkan penyerahan.

Hukum dan pekara riba

  • Hukum riba adalah haram, ia termasuk di dalam dosa-dosa besar.
  • Dua pekara yang ada sebab riba
  1. Mata wang iaitu emas dan perak    2. Makanan
  • Dikehendaki dengan emas dan perak ialah dinar (wang emas), dirham (wang perak), emas dan perak yang belum dilebor, dan emas dan perak yang telah dibuat perhiasan.
  • Hukum pertukaran wang kertas yang ada pada masa ini adalah seperti berikut:
  1. Wang kertas yang nilayannya dengan emas atau perak hukumnya adalah seperti tukar emas dengan emas. Oleh itu jika petukarannya tidak mengikut syarat jual beli emas dengan emas maka petukaran itu adalah riba.
  2. Wang kertas yang tidak dinilai dengan emas atau perak hukumnya adalah seperti barang yang tiada sebab riba maka harus dijual dengan tidak bersaman dan bertangoh.
  • Dikehendaki dengan makanan ialah makanan manusia yang mengenyangkan, makanan berlazat-lazat dan makanan yang dibuat ubat.
  • Makanan yang mengenyangkan ialah seperti gandum, beras, jagong, pulut, air tawar dan sebagainya. Air masin tidak termasuk pekara riba.
  • Makanan berlazat-lazat ialah seperti kurma, angor kering, segala buah-buahan, dan segala sayur-sayuran.
  • Makanan yang dibuat ubat ialah seperti garam, rempah ratus, dan segala ubat-ubatan.
  • Binatang yang hidup tidak termasuk dalam pekara riba.

Syarat jual beli pekara riba

  • Jual beli barangan yang sama jenis dan sama sebab riba seperti jual emas dengan emas, pirak dengan perak, beras dengan beras, cuka angor dengan cuka angor yang tidak berair keduanya, dan sebagainya ada tiga syarat:
  1. Sama keduanya pada timbangan atau sukatan.
  2. Jualan hendaklah secara tunai.
  3. Penyerahan barang yang dijual dan harga hendaklah dilakukan di tempat berakad sebelum penjual dan pembeli bercerai dari tempat itu.
  • Apabila tiga syarat ini tidak disempurnakan maka jual beli pada barang yang sama jenis, jadi riba.
  • Jual beli barangan yang tidak sama jenis tetapi sama sebab riba seperti jual emas dengan perak (sebab ribanya mata wang) dan jual beras dengan gandom (sebab ribanya makanan) ada dua syarat:
  1. Jualan hendaklah secara tunai.
  2. penyerahan barang yag dijual dan harga hendaklah dilakukan ditempat berakad sebelum penjual dan pembeli berpisah.
  • Jual tepong gandom dengan tepong beras, cuka korma dengan cuka angor, daging lembu dengan daging kambing, telor ayam dengan telor angsa, atau minyak kelapa dengan minyak kelapa sawit adalah harus dengan tidak sama pada timbangan atau sukatan tetapi disyaratkan tunai dan penyerahan dilakukan di majlis akad.
  • Jual cuka dengan cuka yang ada air keduanya adalah tidak sah samaada keduanya sama jenis seperti cuka kismis dengan cuka kismis atau berlainan jenis seperti cuka kismis dengan cuka kurma kering. Sebab tidak sah pada berlainan jenis adalah kerana tidak diketahui sama banyak air pada keduanya.
  • Jual beli cuka dari jenis yang sama tetapi satunya ada air seperti cuka daripada angor kering (kismis) dan satunya lagi tiada air seperti cuka daripada angor adalah tidak sah kerana air yang ada di dalam cuka angor kering menghalang persaman antara dua cuka itu.
  • Jual beli cuka yang tidak bersaman jenis sedangkan salah satunya ada air adalah sah jual belinya dengan tidak bersamaan pada timbangan atau sukatan tetapi disyaratkan tunai dan penyerahan dilakukan di majlis akad.
  • Jual tepong yang bersaman jenis adalah tidak sah kerana tidak diketahui persamaannya, sebab tidak diketahui halus atau kasar tepong itu.
  • Beras, beras pulut dan pulut hitam adalah bersamaan jenis.
  •  Daging kambing biri-biri dan daging kambing biasa adalah bersamaan jenis.
  • Untuk menentukan persaman buah-buahan, bijirin dan daging pada timbangan atau sukatan ialah pada ketika kering sekelian pekara itu. Oleh itu tidak sah jual angor dengan angor, angor dengan angor kering (kismis), kurma basah dengan kurma basah dan kurma basah dengan kurma kering kecuali pada jual araya (عَرَايَا), akan datang keterangannya.
  • Tidak sah jual beli buah-buahan yang bersaman jenis sedangkan ia tidak boleh dikeringkan seperti jual tembikai dengan tembekai, timun dengan timun dansebagainya.
  • Tidak sah jual barang yang sama jenis yang boleh dikeringkan tetapi dijual semasa basahnya, kerana tidak diketahui persamaan keduanya semasa jual beli.
  • Tidak sah jual daging basah dengan daging basah atau daging basah dengan daging kering yang bersaman jenis, tetapi sah jual daging kering dengan daging kering yang bersamaan jenis dengan syarat tiada tulang atau tiada garam yang nyata pada timbangan.
  • Sah jual beli buah zaitun dengan buah zaitun walaupun ia tidak kering kerana ia satu pekara yang terkecuali, demikian yang dinyatakan Imam gazali dan beberapa ulamak lain.
  • Padi yang belum kering adalah tidak sah dijual dengan sejenis dan sama sifat.
  • Sah jual susu dengan susu atau minyak dengan minyiak yang tidak bercampor sekeliannya dengan air.
  • Tidak sah jual susu dengan susu atau minyak dengan minyak yang bercampor sekeliannya dengan air.
  • Tidak sah jual susu atau minyak yang bercampor keduanya dengan air dengan sejenisnya yang tidak bercampor dengan air, kerana tidak diketahui persamaannya.
  • Daging yang direbus, bijirin yang digoring manisan kurma yang dibekukan dan gandom yang dibakar dijual dengan sesama jenisnya dan sifatnya adalah tidak sah kerana tidak diketahui persamaannya dengan sebab tidak diketahui kekuatan api yang digunakan.
  •  Sah jual air yang direbus dengan air yang direbus.
  • Sah jual madu dengan madu yang diasing keduanya dari sarangnya dengan api kerana kesan api didalam pekara ini diharuskan oleh syarak.
  • Tidak sah jual daging dengan binatang yang hidup yang sama jenisnya seperti jual daging lembu dengan lembu hidup demikian juga daging ikan dan belalang.
  • Tidak sah jual daging dengan binatang hidup yang dimakan dagingnya atau tiadk dari jenis yang lain seperti jual daging lembu dengan kambing hidup atau jual daging lembu dangan keldai hidup.
  • Ekor, limpa, jantong hati dan lemak termasuk dalam kategori daging.
  • Susu dan telor adalah sah ditukar dengan binatang.
  • Tidak sah jual binatang yang mempunyai susu dengan binatang yng mempunyai susu atau binatang yang mempunyai telor dengan binatang yang mempunyai telor yang bersamaan jenis sekeliannya.
  • Cara untuk melepaskan seorang dari jual beli yang melibatkan riba seperti jual emas dengan emas, beras dengan beras yang tidak bersamaan antara barang yang dijual dengan harga adalah seperti berikut:
  1. Kedua orang yang hendak tukar menukar barangngan itu hendak lah beri-memberi yakni secara pemberian bukan cara jual beli.
  2. atau hutang-menghutangkan antara keduanya kemudian masing masing menghalalkan.

Riba qardi (hutang)

  • Riba qardi ialah menghutangkan sesuatu dengan syarat ada manfaat bagi orang yang memberi hutang, seperti menghutangkan sepuloh ringit dengan syarat bayar balik sebelas ringit.
  • Orang yang memberi riba dengan sebab berhutang adalah berdosa sekalipun dia berhutang kerana darurat.
  • Berkata Syeh Ibnu Hajar “tertolak dosa  memberi riba dengan sebab berhutang kerana darurat”.
  • Kebanyakkan ulamak berpendapat tiadak dikecuali dosa memberi riba bagi mereka yang berhutang sebab darurat, kerana ada cara lain yang boleh dilakukan untuk memberi lebih kepada pemberi hutang. Caranya ialah dengan bernazar hendak membayar lebih atau dengan mempermilikkan yang lebih kepada pemberi hutang.

Jualan yang ditegah

Jualan yang ditegah terbahagi dua:

  1. Jualan yang ditegah serta tidak sah.
  2. Jualan yang ditegah tetapi sah.

Jualan yang ditegah serta tidak sah

  • Menjual anak binatang di dalam kandongan anak binatang yang masih kecil adalah tidak sah kerana barang yang dijual tiada di dalam milik penjual, lagi pula tidak diketahui keadaannya serta tidak dapat diserahkan kepada pembeli. Contohnya penjual yang memiliki seekor anak lembu yang berusia setahun berkata “aku jual anak bagi anak lembu ini”
  • Tidak sah menangohkan harga sehingga anak binatang yang belum lahir melahirkan anaknya kerana tidak diketahui masa penangohan. Contohnya seorang membeli sebuah peti sejuk dengan janji membayarnya sehingga lembu ini beranak anak lembu betina dan anak lembu itu beranak anak lembu yang lain.
  • Tidak sah jual beli dengan meletak cengkeram, kemudian cengkeram itu jadi pemberian jika tidak jadi beli dan dibayarkan harga jika jadi beli.
  • Haram menceraikan hamba perempuan dari anaknya sebelum anak itu mumaiyiz sekalipun ibu itu redah atau kafir, maka batal jual atau hebah yang menceraikan keduanya.
  • Hukum menceraikan antara ibu binatang dan anaknya dengan jual atau pemberian:
  1. Harus jual atau hebah jika disembelih keduanya atau disembelih salah satu dari keduanya. Pada sembelih ibu sahaja bersyarat iaitu hendaklah anak binatang itu tidak bergantong pada ibunya untuk hidup.
  2. Haram lagi tidak sah jual atau hebah selain dari yang dinyatakn diatas.
  3. haram lagi tidak sah jual atau hebah anak binatang atau ibunya kepada orang yang disangka bahawa dia akan sembelih, kerana terkadang sangkaan itu meleset.
  4. Mensyaratkan sembelih pada jual binatang adalah tidak sah.
  • Jual beli bersyarat terbahagi dua:
  1. Jual beli bersyarat yang ditegah dan tidak sah:

         i.   Menjual sesuatu dengan syarat pembeli menjual barang yang lain kepada penjual atau orang lain, contohnya “aku jual baju ini kepada engkau dengan harga sepuloh ringit dengan syarat kau jual pen engkau dengan harga lima ringit kepada aku atau pada sipolan”.

        ii.   Menjual sesuatu dengan syarat pembeli memberi hutang kepada penjual, contohnya “aku jual jam ini kepada engkau dengan harga tiga ratus ringit dengan syarat kau beri hutang kepada aku seratus ringit”.

        iii.   Membelibeli padi pada pohonnya dengan syarat penjual mengetamnya.

  1. Jual beli bersyarat yang sah:

               i.   Jual sesuatu dengan syarat khiar (boleh pilih meneruskan jual beli atau membatalkannya).

              ii.   Jual beli sesuatu dengan syarat lepas dari cacat.

             iii.   Jual sesuatu dengan syarat harganya bertangoh.

             iv.   Jual beli sesuatu yang bertangoh dengan syarat gadai.

             v.   Jual sesuatu dengan syarat yang tidak dikehendaki pada kebiasannya, seperti jual durian dengan syarat tidak dimakan, maka jual beli itu sah dan syarat tidak terpakai.

           vi.    Jual beli dengan syarat ada pada barang atau harga sifat yang dikehendaki, seperti “aku jual kambing ini dengan harga tiga ratus ringit dengan syarat bunting” maka jual beli ini sah tetapi jika kambing itu tidak bunting harus bagi pembeli memilih meneruskan jual beli atau membatalkannya. 

  • Tidak sah lagi ditegah jual binatang serta anaknya di dalam perut seperti berkata penjual “aku jual lembu ini serta anaknya yang di dalam perut dengan harga seribu dua ratus, kerana tidak diketahui keadan anak yang di dalam perut.
  • Tidak sah lagi ditegah menjual binatang yang bunting tetapi yang dijual ibunya sahaja atau yang dijual anaknya sahaja. Adapun menjual ibu yang bunting, maka termasuk di dalam jualan itu anak yang di dalam kandongan.

Jual yang ditegah tetapi hukumnya sah

  • Mengambil barang keperluan dari pengeluar kemudian dijual sedikit demi sedikit dengan tujuan menaikkan harga adalah sah tetapi haram maka dosa atas orang yang mengambil, seperti seorang membawa barang keperluan dari kampong ke bandar dengan tujuan menjual mengikut harga semasa, kemudian datang orang lain kepadanya  dan berkata ” tingalkan barang kamu kepada aku supaya aku jual sedikit demi sedikit degan harga yang mahal”
  • Talaqi rukban ialah menahan dan membeli barang dagangan daripada pengeluar supaya tidak sampai ketempat jualan dengan tujuan pengeluar tidak mengetahui harga semasa maka ia adalah haram dan harus bagi pengeluar memilih meneruskan jual beli atau membatalkannya denga segera apabila dia mengetahui kerugiannya.
  • Menawar atas tawaran orang lain yang telah tetap harga adalah sah tetapi haram dan orang yang kemudian membuat tawaran adalah berdosa. Sementara menawar barang yang dijual secara lelong adalah tidak haram kerana harga belum lagi ditetapkan.
  • Haram menjual atas jualan orang lain pada waktu khiar tanpa keizinan dari penjual, seperti Ali menjual satu barang kepada Zaid, sebelum sempurna jual beli, Hamzah menawar kepada Zaid akan  barang yang serupa dengan harga yang lebih murah atau barang yang lebih elok dengan harga yang sama atau harga yang lebih murah dengan tujuan Zaid membatalkan beliannya. Tidak haram dan tidak berdosa jika Ali mengizinkan Hamzah menjual barang itu.
  • Haram membeli atas belian orang lain pada waktu khiar tanpa keizinan dari pembeli, seperti Zaid menjual buku pada Omar dengan harga sepuloh ringit, datang Osman hendak membeli buku itu dengan harga limabelas ringit. Tidak haram dan tidak berdosa jika Omar mengizinkan osman membelinya.
  • Menaikkan harga tidak bertujuan membelinya bahkan hendak menipu atau menguntungkan penjual adalah sah tetapi haram sekalipun harta anak yatim.
  • Haram menjual buah angor atau kurma basah atau lainnya kepada orang yang membuat arak jika dia mengetahui atau menyangka pekara itu dan makruh menjualnya jika dia hanya syak sahaja.

Apakah yang termasuk dalam penjualan tanah dan kebun

Apakah yang termasuk dalam penjulan tanah dan kebun

          Maksud jual tanah ialah menjual tanah yang dimiliki oleh penjual hingga sampai tujuh lapis bumi.

  • Termasuk dalam jual tanah pekara-pekara yang ada pada tanah itu seperti:
  1. Binaan termasuk telaga.
  2. Pohon kayu yang basah.
  3. Tumbuh-tumbuhan dan sayur-sayuran yang boleh diambil lebih daripada sekali.
  4. Tanaman yang diambil buahnya lebih daripada sekali seperti pohon buah yang bermusim.
  5. Akar atau umbi pokok yang ada didalam tanah
  6. Benih bagi pokok yang berkekalan dan benih bagi tumbuh-tumbuhan  dan sayuran yang boleh diambil lebih daripada sekali.
  7. Segala batu yang terjadi pada tanah dan batu binaan yang tetap diatas tanah.
  • Pekara-pekara yang tidak termasuk dalam jual tanah
  1. Tumbuh-tumbuhan yang boleh diambil sekali sahaja, seperti padi.
  2. buah dan daun yang sudah ada di pohon ketika tanah itu dijual. Disyaratkan penjual memotong (mengambil) dengan segera buah dan daun itu supaya tidak bercampur dengan yang akan terbit selepas akad jual beli.
  3. biji benih bagi pohon yang tidak kekal yang ada  pada bumi dan benih tumbuh-tumbuhan dan sayuran yang kehasilannya boleh diambil sekali sahaja.
  4. batu yang ditanam.

Jual kebun

  • Pekara yang termasuk di dalam jual kebun
  1. Tanahnya sehingga tujuh lapis bumi.
  2. pohon kayu yang ada didalamnya.
  3. binaan yang ada didalamnya.
  • Dikehendaki dengan binaan pada jual tanah dan kebun ialah segala benda yang tetap seperti tiang, atap, dan dinding dan segala benda yang mngikutnya seperti pintu yang tetap pada dinding, tangga yang dipaku atau yang dibina, penyelak pintu yang terlekat padanya,
  • Tidak termasuk dalam kata binaan itu adalah kunci yang tidak melekat pada pintu, pintu yang tidak melekat pada bina, batu yang ditanam tetapi tidak dibina apa-apa padanya, almari yang tidak lekat pada dinding, gayung dan sebagainya.

Cara menyerah barang yang telah dijual

Menyerah barang yang telah dijual kepada pembeli ialah mengikut keadaan barang itu:

  1. barang yang tidak boleh dipindah seperti rumah, tanah, pohon kayu dan sebagainya
  2. barang yang boleh dipindah seperti binatang, kereta, kain dan sebagainya.
  • Menyerah barang yang tidak boleh dipindah hendaklah dengan lafaz yang menunjukkan penyerahan, serta mengkosongkan barang itu daripada harta penjual, maka penjual hendaklah mengeluarkan barangannya yang ada didalam rumah atau tanah yang hendak diserah dan menyerahkannya dengan lafaz “aku serah rumah atau tanah ini kepada engkau” dan hendaklah penjual menyerahkan anak kunci rumah kepada pembeli. Tidak mengapa jika ada tingal sedikit barang-barang penjual seperti tikar dan beberapa pasu bunga.
  • Jika semasa penyerahan, masih terdapat harta penjual di suatu sudut rumah maka penyerahan itu hanya berlaku pada tempat yang tiada harta penjual, kemudian apabila penjual mengeluarkan hartanya dari rumah itu maka rumah itu dikira telah diserah keseluruhannya.
  • Menyerah benda yang boleh dipindah seperti lembu dengan menarik lembu itu keluar dari kawasan milik penjual ke suatu tempat yang tidak dikhaskan untuk penjual seperti jalan raya atau ke tanah pembeli.
  • Penyerahan dikira terjadi dengan memindahkan barang yang telah diserah ke suatu sudut yang dimiliki oleh penjual dengan izin dari penjual.
  • Jika pembeli membeli rumah serta barang- barang yang ada di dalam rumah itu maka disyaratkan pada menerima barang-barang itu dengan dipindahkannya.
  • Cara menyerahkan barang yang ringan ialah dengan menghulurkannya kehadapan pembeli atau mencampakkannya ke tempat yang boleh dicapai oleh pembeli.
  • Contoh barang yang ringan seperti kasut, baju, buku, dan sebagainya.
  • Syarat menerima barang yang tiada di majlis akad ialah:
  1. Penjual mengizinka pembeli menerimanya.
  2. Berlalu satu tempoh masa yang pembeli bole pergi untuk menerima barang itu menurut adat kebiasan.
  3. Berlalu satu tempoh masa yang barang itu boleh dipindahkan menurut adat kebiasan.
  • Pembeli boleh mengambil barang yang dibeli tanpa izin daripada penjual jika penjual tiada hak menahan barang itu.
  • Penjual tidak berhak menahan barang yang dijual sedangkan harganya bertangoh atau harganya tunai dan pembeli telah menyerah harga itu.
  • Penjual berhak menahan barang yang dijual dengan cara tunai tetapi pembeli tidak menyerahkan harganya. Walau bagaimanapun harus bagi pembeli menerimanya dengan izin daripada penjual.
  • Apabila barangan yang telah dijual tidak diserah atau tidak mengikut syarat serah dan berlaku kerosakan pada barang itu seperti tebakar dan lainnya maka barang itu di bawah tangung jawab penjual.
  • Barangan yang telah diserah adalah dibawah tangung jawab pembeli.

Barang yang dijual sebelum pembeli terima dibawah tanggungjawab siapa?

Penjual adalah orang yang bertanggungjawab keatas barang yang yang belum diterima oleh pembeli, sekalipun pembeli melepaskan tanggungjawab.

Terfasah (batal) akad jual beli apabila barang yang belum diserah binasa dengan sendiri atau dibinasa oleh penjual. Ini kerana barang tidak boleh diserah.

Jika barang yang dibeli dibinasa oleh orang lain (bukan penjual atau pembeli) maka pembeli boleh pilih antara meneruskan pembelian atau membatalkannya.

Hukum barang yang belum diterima berlaku kecacatan adalah seperti berikut:

  • Jika barang yang cacat dengan sendiri atau dicacatkan oleh penjual atau oleh orang lain maka pembeli diberi pilihan antara membatalkan jual beli atau meneruskannya.
  • Sekiranya pembeli tidak berhak mencacatkan barang yang dibeli walaupun dia tidak mengetahui barangan itu adalah barang yang di telah beli maka dihukumkan pembeli telah menerima barang itu.
  •  Jika pembeli berhak mencacatkan barang yang dia beli maka perbuatan itu tidak dikira sebagai menirima barangan itu. Contoh secara hak ialah pembeli mempertahankan dirinya dari serangan binatang yang dia beli dan berlaku kecacatan, sedangkan binatang itu belum lagi diserahkan kepadanya.

Contoh binasa ialah rumah yang terbakar, jam tangn yang jatuh kedalm air dan tak dapat di ambil, burung atau binatang peburuan yang terlepas dari kurungan.

jika barang itu dapat semula atau burung atau binatang buruan kembali ke kurungan maka akad jual beli tidak batal sekiranya tiada berlaku kecacatan.

Pembeli tidak boleh(tidak sah) menjual atau memberi kepada orang lain atau mengadai barang yang dibeli selagi dia tidak menerima barang itu.

Bab pesaka 9

Keadaan ahli waris, habuan dan yang menegah dari mempesakai

Bahagian Diperolehi Bapa simati
1/6 Mempunyai anak lelaki atau cucu lelaki dari anak lelaki
1/6 dan Asabah Mempunyai anak perempuan atau cucu perempuan dari anak lelaki
ASABAH Tiada anak atau cucu dari anak lelaki
Tidak ada yang menghalang

Bahagian Diperolehi Ibu simati
1/3 Tidak mempunyai anak atau cucu dari anak lelaki atau tiada dua atau lebih saudara seibu-sebapa atau saudara sebapa
1/6 Mempunyai anak atau cucu dari anak lelaki atau mempunyai dua atau lebih saudara seibu-sebapa atau saudara sebapa
1/3  baki Mempunyai bapa serta suami atau isteri
Tidak ada yang menghalang

Bahagian Diperolehi Suami simati
1/2 Tidak mempunyai anak atau
tidak mempunyai cucu dari anak lelaki
1/4 Mempunyai anak atau
mempunyai cucu dari anak lelaki
Tidak ada yang menghalang

Bahagian diperolehi Isteri simati
1/4 Tiada anak atau
Tiada cucu dari anak lelaki
1/8 Mempunyai anak atau
Mempunyai cucu dari anak lelaki
Tidak ada yang menghalang

Bahagian diperolehi Anak lelaki simati
Asabah-binafsi Mengasabahkan anak perempuan simati. Mendapat dua habuan berbanding perempuan
Tidak ada yang menghalang

Bahagian Diperolehi Anak Perempuan Simati
1/2 Hanya seorang sahaja dan tidak ada anak lelaki
2/3 2 orang anak perempuan atau lebih dan tiada anak lelaki
ASABAH BI-GHAIRIH Mempunyai anak lelaki – mendapat separuh dari bahagian anak lelaki
Tidak ada yang menghalang

Bahagian diperolehi Cucu lelaki dari anak lelaki simati
Asabah-binafsi Mengasabahkan cucu perempuan simati. Mendapat dua habuan berbanding perempuan
Dihalang oleh Anak lelaki

Bahagian Diperolehi Cucu Perempuan dri Anak Lelaki Simati
1/2 Mempunyai seorang sahaja dan tiada anak
2/3 Mempunyai 2 orang atau lebih dan tiada anak
1/6 Mempunyai seorang atau lebih jika bersama-sama dengan seorang anak perempuan
ASABAH BI-GHAIRIH Mempunyai cucu lelaki – mendapat separuh dari bahagian cucu lelaki daripada anak lelaki.
Dihalang oleh anak lelaki atau 2 anak perempuan
atau lebih

Bahagian Diperolehi Datuk Simati
1/6 Mempunyai anak lelaki atau cucu lelaki dari anak lelaki
1/6 dan Asabah Mempunyai anak perempuan atau cucu perempuan dari anak lelaki
ASABAH Tiada anak atau cucu dari anak lelaki
Berbahagi sama atau 1/3 Apabila bersama adik beradik simati jika tiada ahli fardu
Berbahagi sama atau 1/6 atau 1/3 baki Apabila bersama adik beradik simati jika ada ahli fardu
Dihalang oleh bapa simati

Bahagian Diperolehi Saudara Perempuan Seibu Sebapa simati
1/2 Tiada anak, cucu, bapa dan tiada waris yang
menjadikannya Asabah
2/3 Dua orang atau lebih, tiada anak, cucu, bapa dan ahli yang menjadikannya Asabah
ASABAH BI-GHAIRIH Mempunyai saudara lelaki kandung.
ASABAH MAA’-GHAIRIH Jika si mati ada anak perempuan atau cucu perempuan dari anak lelaki
Dihalang oleh bapa, atau anak lelaki atau cucu lelaki dari anak lelaki

Bahagian diperolehi Saudara lelaki Seibu Sebapa simati
Asabah-binafsi Mengasabahkan saudara perempuan simati
Musarrakah, himariyah atau hijariyah Pada masalh seorang mati meningalkan suami, ibu atau dua nenek atau lebih, saudara seibu dan seorang atau lebih saudara lelaki seibu sebapa dengan simati atau bercampur saudara perempuan seibu sebapa.
Dihalang oleh bapa, atau anak lelaki atau cucu lelaki dari anak lelaki

Bahagian Diperolehi Saudara Perempuan Sebapa
1/2 Hanya seorang, tiada anak, cucu,saudara kandung, bapa
DAN tiada ahli yang menjadikannya Asabah
2/3 Dua orang atau lebih dengan syarat tiada cucu lelaki,
saudara kandung, bapa DAN tiada ahli yang menjadikannya
Asabah
1/6 Seorang atau lebih mempunyai saudara perempuan seibu
sebapa
Asabah disebabkan oleh saudara lelaki sebapa.
Dihalang Oleh 1. Bapa
2. Dua orang atau lebih saudara perempuan kandung
3. Seorang saudara perempuan kandung dan mempunyai
anak perempuan dan cucu perempuan
4. Saudara lelaki kandung

Bahagian Diperolehi Saudara Seibu (Lelaki/Perempuan)
1/6 Hanya seorang, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki
1/3 Dua atau lebih, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki
Terhalang Disebabkan adanya bapa, datuk, anak dan cucu dari anak lelaki

Bahagian diperolehi Saudara lelaki sebapa
Asabah-binafsi Mengasabahkan saudara perempuan simati. Mendapat dua habuan berbanding perempuan
Terhalang Disebabkan adanya bapa, anak lelaki, cucu lelaki dari anak lelaki dan saudara lelaki seibu sebapa.