Sujud sejadah/sujud tiliwah

*Imam atau orang yang sembahyang seorang diri apabila keduanya membaca ayat sejadah disunatkan sujud bagi keduanya.

*Imam atau orang yang sembahyang seorang diri diharamkan sujud sejadah apabila mendengar bacaan orang lain dan batal sembahyang keduanya apabila keduanya sujud jika keduanya mengetahui akan haram lagi dengan sengaja.

*Apabila imam sujud sejadah wajib makmum turut sujud. Jika makmum tidak turun sujud batal sembahyangnya jika dia mengetahui akan haram lagi dengan sengaja.

Makmum tidak boleh (haram) turun sujud apabila imamnya tidak turun sujud samaada makmum itu mendengar bacaan orang lain atau bacaan imamnya atau dia sendiri yang membaca ayat sejadah.

Tdak sunat sujud sejadah bagi yang tuli yakni di luar sembahyang adapun didalam sembahyang wajib dia turun sujud apabila imamnya turun sujud, kerana wajib dia mengikut imam.

Bersangatan dituntut sujud sejadah bagi yang mendengar dengan sebab sujud orang yang membaca.

Sunat sujud ketika selesai membaca ayat sejadah.

Ayat sejadah ada empat belas tempat.

Tidak termasuk ayat sejadah pada surah صاد maka ia adalah sujud sukur.

1. Al A’raf ayat 206

2. Ar Ra’d ayat 15

3. An Nahl ayat 50

4. Al Isra ayat 109

5. Maryam ayat 58

7. Al Hajj ayat 77

8. Al Furqan ayat 60

6. Al Hajj ayat 18

9. An Naml ayat 26

10. As Sajdah ayat 15

11. Fussilat ayat 38

12. An Najm ayat 62

13. Al Insyiqaq ayat 21

14. Al Alaq ayat 19

  1. سورة الأعراف

إِنَّ الَّذِينَ عِنْدَ رَبِّكَ لا يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِهِ وَيُسَبِّحُونَهُ وَلَهُ يَسْجُدُونَ (206

 2. سورة الرعد

وَلِلَّهِ يَسْجُدُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَظِلَالُهُمْ بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ (15

 3. سورة النحل

وَلِلَّهِ يَسْجُدُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ مِنْ دَابَّةٍ وَالْمَلَائِكَةُ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ (49) يَخَافُونَ رَبَّهُمْ مِنْ فَوْقِهِمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ (50

4. سورة الإسراء

قُلْ آمِنُوا بِهِ أَوْ لَا تُؤْمِنُوا إِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ مِنْ قَبْلِهِ إِذَا يُتْلَى عَلَيْهِمْ يَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ سُجَّدًا(107)وَيَقُولُونَ سُبْحَانَ رَبِّنَا إِنْ كَانَ وَعْدُ رَبِّنَا لَمَفْعُولًا(108)وَيَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ يَبْكُونَ وَيَزِيدُهُمْ خُشُوعًا (109

 5. سورة مريم

أُوْلَئِكَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنْ النَّبِيِّينَ مِنْ ذُرِّيَّةِ آدَمَ وَمِمَّنْ حَمَلْنَا مَعَ نُوحٍ وَمِنْ ذُرِّيَّةِ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْرَائِيلَ وَمِمَّنْ هَدَيْنَا وَاجْتَبَيْنَا إِذَا تُتْلَى عَلَيْهِمْ آيَاتُ الرَّحْمَانِ خَرُّوا سُجَّدًا وَبُكِيًّا (58

6. سورة الحج

أَلَمْ تَرَى أَنَّ اللَّهَ يَسْجُدُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ وَالشَّمْسُ وَالْقَمَرُ وَالنُّجُومُ وَالْجِبَالُ وَالشَّجَرُ وَالدَّوَابُّ وَكَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ وَكَثِيرٌ حَقَّ عَلَيْهِ الْعَذَابُ وَمَنْ يُهِنْ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ مُكْرِمٍ إِنَّ اللَّهَ يَفْعَلُ مَا يَشَاء (18

7. سورة الحج

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ارْكَعُوا وَاسْجُدُوا وَاعْبُدُوا رَبَّكُمْ وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (77

 8. سورة الفرقان

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ اسْجُدُوا لِلرَّحْمَانِ قَالُوا وَمَا الرَّحْمَانُ أَنَسْجُدُ لِمَا تَأْمُرُنَا وَزَادَهُمْ نُفُورًا (60 

9. سورة النمل

أَلَّا يَسْجُدُوا لِلَّهِ الَّذِي يُخْرِجُ الْخَبْءَ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَيَعْلَمُ مَا تُخْفُونَ وَمَا تُعْلِنُونَ(25)اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ (26

 10. سورة السجدة

إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّدًا وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ (15

11. سورة فصلت

وَمِنْ آيَاتِهِ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ وَالشَّمْسُ وَالْقَمَرُ لَا تَسْجُدُوا لِلشَّمْسِ وَلَا لِلْقَمَرِ وَاسْجُدُوا لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَهُنَّ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ(37)فَإِنْ اسْتَكْبَرُوا فَالَّذِينَ عِنْدَ رَبِّكَ يُسَبِّحُونَ لَهُ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَهُمْ لَا يَسْأَمُونَ (38)

 12. سورة النجم

أَفَمِنْ هَذَا الْحَدِيثِ تَعْجَبُونَ(59)وَتَضْحَكُونَ وَلَا تَبْكُونَ(60)وَأَنْتُمْ سَامِدُونَ(61)فَاسْجُدُوا لِلَّهِ وَاعْبُدُوا (62

 13. سورة الإنشقاق

وَإِذَا قُرِئَ عَلَيْهِمْ الْقُرْآنُ لَا يَسْجُدُونَ (21

 14. سورة العلق

كَلَّا لَا تُطِعْهُ وَاسْجُدْ وَاقْتَرِبْ

Sujud pada surah سورة صاد   ayat (24) adalah sujud sukur

قَالَ لَقَدْ ظَلَمَكَ بِسُؤَالِ نَعْجَتِكَ إِلَى نِعَاجِهِ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنْ الْخُلَطَاءِ لَيَبْغِي بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَقَلِيلٌ مَا هُمْ وَظَنَّ دَاوُودُ أَنَّمَا فَتَنَّاهُ فَاسْتَغْفَرَ رَبَّهُ وَخَرَّ رَاكِعًا وَأَنَابَ 

Sujud tilawah disunatkan di dalam sembahyang dan di luarnya.

Rukun sujud tilawah di luar sembahyang ada empat.

1. Takbirratul ihram.

2. Niat sujud tilawah berserta dengan takbirratul ihram. Sunat di lafaskan niatnya.

* Sujud tiliwah adalah sunat dilakukan oleh orang yang membaca ayat sejadah dan orang yang mendengarnya sama ada mendengar dengan sengaja atau tidak sengaja.

3. Sujud sekali sujud. Syarat sujud dan kelakuan sujud seperti sujud di dalam sembahyang 

4. Memberi salam kemudian daripada sujud.

*Bacaan di dalam sujud tilawah*

سَجَدَ وَجْهِي لِلَّذِي خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ، وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ، بِحَوْلِهِ وَقُوَّتِهِ

Jun 2009

*Almalakawi’s*

___________

Untuk pembangunan dan pengurusan 

Madrasah Darul Muttaqin Kg. Muhajirin Kandis Lebuh Raya Wakaf Lichong – Machang 16800 Pasir Puteh Kelantan 

013-9805219 kami mengharapkan sokongan orang ramai.

Derma boleh dihulur ke akaun atas nama DARUL MUTTAQIN RESOURCES 

Bank Islam Malaysia Berhad 

13035010081376 

atau

No.Akaun Maybank : 563046327230

Sujud sahwi


Sujud sahwi sunat dilakukan dua sujud sebelum salam.

Sunat sujud sahwi dengan salah satu daripada empat sebab.

1. sebab meninggalkan salah satu sunat aba’d yang lapan sama ada ditinggalkan dengan sengaja atau lupa.

Sunat aba’d yang lapan itu ialah:

meninggalkan tahyat awal.

meninggalkan qunut subuh atau qunut witir nisfu yang kedua bulan ramadan(enam belas hingga akhir ramadan).

meninggal membaca selawat ke atas Nabi di dalam tahyat awal.

meninggal membaca selawat ke atas Nabi di dalam qunut.

meninggalkan duduk pada tahyat awal, dan selawat.

meninggalkan berdiri pada qunut, dan selawat.

meninggal berselawat ke atas keluarga Nabi di dalam tahyat akhir.

meninggalkan duduk pada selawat ke atas keluarga Nabi.

2. Sebab melakukan perbuatan yang tidak membatalkan sembahyang dengan lupa tapi batal jika dilakukan dengan sengaja.

Seperti:
berkata-kata yang sedikit dengan lupa.

makan yang sedikit dengan lupa.

menambahi rukun fe’li (rukun jenis perbuatan) dengan lupa, seperti rukuk dan sujud.

memanjangkan rukun yang pendek dengan lupa, seperti i’tidal dan duduk antara dua sujud.

menambahi rakaat dengan lupa.

3. Sebab membaca rukun qauli (rukun jenis bacaan), atau sunat qauli pada lain daripada tempatnya sama ada dilakukan dengan sengaja atau dengan terlupa.

Ini pada lain takbiratul-ihram dan salam, adapun pada keduanya jika dilakukan dengan sengaja membatalkan sembahyang.

Seperti membaca Fatihah dan surah semasa ruku’ dan sebagainya.

Tidak disunatkan sujud sahwi jika membaca surah sebelum membaca Fatihah.
Tidak disunatkan sujud sahwi jika berselawat sebelum membaca tahyat, kerana berdiri itu tempat surah dan duduk itu tempat selawat maka tiada dinamakan memindahkan pada tempat lain.

4. sebab syak ada meninggalkan satu sunat aba’d yang lapan yang telah terdahulu sebutnya.

Orang yang syak pada bilangan rakaat hendaklah dia mengambil yang yakin iaitu yang sedikit seperti adakah dia telah mengerjakan sembahyang tiga rakaat atau empat maka dia wajib menambah serakaat lagi, kerana tiga yakin sudah dilakukan sedangkan empat disyaki, setelah menambah serakaat sunat pula dia sujud sahwi.

Orang yang syak ada meningalkan ruku’ atau sujud, wajib dia melakukan ruku’ atau sujud itu dan sunat dia sujud sahwi.

___________

Untuk pembangunan pondok Darul Muttaqin Kg Muhajirin Kandis Lebuhraya 16800 pasir putih Kelantan kami mengharapkan bantuan orang ramai
Derma boleh dihulur ke akaun atas nama DARUL MUTTAQIN RESOURCES
Bank Islam Malaysia Berhad
13035010081376
atau
No.Akaun Maybank : 563046327230