Rukun sembahyang yang ke- tujuh

sujud dua kali serta t’amanina pada tiap-tiap rakat.

Syarat sujud:

* jangan dikasadkan sujud kepada yang lain maka jika trjatuh seorang dalam keadan dahi ditempat sujud dan dia jadikan jatuh itu sebagai sujud nescaya tidak memada sujudnya maka wajib dia kembali kepada berdiri dan turun sujud semula.

* hendaklah sujud pada satu suku angota sujud yang tujuh iaitu dahi, dua tapak tangan, dua lutut, dan dua perut anak jari kaki.

* hendaklah dahi terbuka yakni tidak ada syatu yang ditanggung dan bergerak dengan geraknya yang menegah sampai dahi pada tempat sujud, seperti pembalut, ekor serban yang bergerak dengan geraknya dan lainnya. Adapun suatu yang ditangung tetapi tidak bergrrak dengan gerak orang yang sembahyang maka sah sujud diatasnya, seperti ekor serban yang panjang yang tidak bergerak apabila dia bergerak atau kain sapu tangan yang diletak pada tempat sujud pada ketika sujud dan dilepaskan kemudian apabila dia bangun diambil dan dipegang.

* sekiranya ada pembalut luka pada dahi dan payah hendak membuangnya atau jika dibuang menjadi mudarat maka sah sujud di atasnya dan tidak wajib qada sembahyang melainkan ada najis yang tidak dimaafkan ada di bawah pembalut itu.

* tidak wajib membuka dua tapak tangan, dua lutut dan dua perut anak jari ketika sujud bahkan wajib menutup sebahagian lutut bagi lelaki dan wajib menutup lutut dan dua perut anak jari kaki bagi perempuan kerana aurat. Dan sunat dibuka dua tapak tangan bagi kedua lelaki dan perempuan.

* disyarat kan ditekan dahi pada tempat sujud dengan berat kepala yani tidak diangkat dahi sehinga dahi jejak sedikit sekiranya di letakkan kapas dibawahnya tidak lepeh kapas itu orang melayu pangil jejak bara.

* jangan diulang sujudnya setelah cukup syarat sujud maka jika sujud seorang pada suatu yang tajam dan diseret dahinya pada tempat yang lain dengan ketiadaan diangkat nescaya sah sujudnya itu dan jika diangkat dahinya maka pada ini masalah ada hurayan pertama jika sudah ada t’amaninah batal sembahyangnya jika dilakukan dengan sengaja lagi tahu akan haramnya kerana menambah rukun kedua jika belum lagi ada t’amaninah sah sujudnya itu.

Rukun sembahyang yang ke-enam

i’tidal serta t’amaninah makna i’tidal ialah kembali kepada berdiri betul

Syarat i’tidal:

* Hendaklah berdiri betul jangan dibongkokkan badan kehadapan, kebalakang, kiri atau kekanan.

* Jangan dikasadkan i’tidal kepada yang lain maka jika bangkit dari rukuk kerana terkejut, nescaya tidak sah i’tidalnya itu dengan itu hendaklah dia tunduk semula, dan selepas itu kembali kepada i’tidal.

* Hendaklah i’tidal serta t’amanina yakni berhenti sebentar sekurang-kurang masa berhenti hengaklah sekada membaca سبحان الله.

* Jangan dipanjangkan berdiri ketika i’tidal melebihi bacaan fatiha kerana i’tidal rukun yang pendek. Jika dipanjangkan dengan sengaja lagi mengetahui akan haram memanjangkannya nescaya batal sembahyangnya.

Rukun sembahyang yang ke-lima

Rukun yang ke-lima rukuk serta t’amaninah.

Syarat bagi rukuk:

* Hendaklah tunduk itu ke hadapan, tidak memada tunduk kekiri atau kekana.

*Sekurang-kurang rukuk membongkokkan badan sekadar sampai tapak tangan kepada lutut, kadar ini menurut pertengahan kejadian tangan dan lututnya yakni tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek. Yang afdalnya bahawa dijadikan belakang dan lehernya lurrus.

* jangan dikasadkan rukuk kepada yang lain seperti dikasadkan turun sujud tilawah yakni sujud kerana membaca ayat sejadah dan apabila sampai had rukuk, dijadikan turun itu sebagi rukuk, ini tidak memada dengan itu wajib dia kembali kepada berdiri betul kemudian rukuk.

* hendaklah rukuk serta t’amanina yakni berhenti sebentar sekurang-kurang masa berhenti hengaklah sekada membaca سبحان الله .

Rukun sembahyang yang ke-empa

Membaca fatihah adalah wajib pada tiap-tiap rakaat melainkan rakaat masbuk.

Sila klik video surah Al-Fatihah ini untuk mendengar bacaannya.

بسم الله الرحمن الرحيم ialah salah satu ayat daripada fatihah

Wajib memelihara segala huruf dan segala tasydidnya.

* Tidak sah bacaan fatihah orang yang  mengugur satu huruf atau satu tasydid

* Tidak sah bacaan fatihah orang yang  menukar hurufnya dengan huruf yang lain seperti menukar kan zal (ذ) pada (الذبن) dengan dal (د)=(الدين) atau zai (ز)=(الزين) 

Tidak sah bacaan fatihah orang yang  menukarkan baris yang mengubahkan makna seperti membariskan hadapan (-ُ) perkataan (أنعمتَ) bertukar kepada (أنعمتُ)  dengan itu maknanya aku beri nikmat sedangkan makna asal engkau beri nikmat.

* Tidak sah bacaan dan jadi batal sembahyang mereka yang tersebut sekiranya dilakukan dengan sengaja, adapun mereka yang membacanya dengan tersalah atau tidak mengubahkan makna maka tidak batal sembahyangnya, hanya tidak sah bacaan fatihahnya dan dia wajib ulang perkataan yang salah itu dan meneruskan bacaannya sehinga habis jua dengan makna dia tidak perlu ulang dari awal fatihah.

* Wajib menjaga aturan fatihah iaitu jangan diterbalikkan susunan ayatnya.

* Wajib mualat/berturut-turut pada bacaannya, iaitu dihubungkan setengah ayat dengan setengah ayatnya.

Tidak putus mualat, menghentikan bacaannya sekadar untuk bernafas.

* Putus mualat jika diselang antara ayat-ayat fatihah dengan zikir yang bukan maslahah sembahyang, contohnya seperti menyebut (الحمد االله) ditengah fatihah kerana bersin.

* Tidak putus mualat jika diselang antara ayat-ayat fatihah dengan zikir yang bergantung dengan maslahah sembahyang contih mengucap amin (آمين) selepas fatihah imam.

* Putus mualat dengan diam yang panjang antara ayat-ayat fatihah dengan ketiadan uzur.

* Putus mualat dengan diam yang pendek dengan niat memutuskan bacaan, semantara diam yang pendek dengan tiada niat memutus tidak memutuskan mualat.

* Jika seorang itu lemah yakni jika seorang itu tidak boleh membaca fatihah dengan sebab tiada yang mengajarnya, ketiadan mashaf (kitab al-Quran) atau lainnya, nescaya wajib membaca tujuh ayat, sekalipun bercerai-cerai dengan syarat sama banyak huruf ayat itu dengan surah fatihah.

* Sekiranyan dia tidak boleh mambaca tujuh ayat hendaklah dia mambaca tujuh bagai daripada zikir atau doa’ dengan syarat huruf zikir dan doa’ itu sama banyak dengan huruf fatihah.

* Sekiranya dia lemah pada sekeliannya maka hendaklah dia berdiri sekada masa bacaan fatihah.

Rukun sembhyang yang ke tiga.

Rukun yang ke tiga ialah takbiratul ihram (تكبيرة الأحرام)

* Takbiratu ihram ialah  menyebut lafas Allahu akbar (الله اكبر) di permulan sembahyang diserta dengan niat. Adapun takbir yang lain dinamakan takbir intiqalad yakni takbir berpindah dari satu rukun kepada satu rukun yang lain dan takbir intiqalad ini adalah sunat.

* Lafas Allahu akbar (الله اكبر) ini tidak boleh ditukar dengan yang lain seperti Arhmanu akbar (الرحمن أكبر), Allahu kabir (الله كبير), Allahu a’zim (الله عظيم) atau Allahu aa’zam (الله أعظم).

* Tidak terjadi sembahyang dengan mendahulukan lafas akbar daripada lafas Allah seperti akbarullah (أكبر الله) dengan erti kata lain mesti mendahulukan lafas Allah kemudian lafas akbar.

* Tidak mengapa diceraikan antara dua lafas ini dengan (ال) seperti Allahul akbar (الله الأكبر)

* Tidak mengapa diceraikan dengan sifat yang tiada panjang yakni tidak melebihi dua sifat, contoh satu sifat Allahul jalilu akbar (الله الجليل أكير) atau dua sifat Allahur rahmanur rahimu akbar (الله الرحمن الرحيم أكبر).

* Tidak terjadi sembahyang apabila dicerai antara lafas Allah dengan akbar dengan tiga sifat atau lebih seperti Allahul jalilul a’zimul halimu akbar (الله الجليل العظيم الحليم أكير).

* Orang yang lemah menyebutnya setelah belajar bersunguh sunguh hendaklah diterjemah kedalam bahasa yang dia boleh sebut sekalipun bahasa itu bukan bahasa pertuturannya, seperti katanya Tuhan maha besar dan jangan diganti dengan zikir yang lain.

* Bagi mereka yang bisu wajib mengerakkan lidah, dua bibir dan anak tekak sekadar kuasanya pada menyebut takbiratil ihram, begitu juga pada baca-bacan wajib yang lain.

* Wajib mempedengarkan takbir itu pada diri sendiri begitu juga baca-bacaan wajib  yang lain.

* Wajib disertakan didalam takbir itu niat sembahyang.

Rukun sembahyang yang ke dua

Rukun sembahyang yang ke dua berdiri betul pada sembahyang fardu bagi yang kuasa berdiri dengan sendiri atau dengan bantuan orang lain.

* Wajib berdiri pada sekelian sembahyang fardu  iaitu sembahyang fardu lima waktu, sembahyang nazar, sembahyang fardu kifayah seperti sembahyang mayat, atau sembahyang yang ada rupa fardu seperti sembahyang fardu yang diulang (sembahyang muadah) dan sembahyang fardu kanak-kanak.

* Wajib berdiri atas mereka yang kuasa berdiri dengan sendiri sama ada kuasa berdiri sendiri dengan tidat berhajat kepada suatu atau berdiri dengan berhajat pada suatu seperti bersandar kepada umpama dinding.

* Wajib berdiri atas mereka yang boleh berdiri dengan bantuan orang lain sama ada dengan upah atau tidak. dan wajib memberi upah untuk berdiri atas mereka yang ada belanja yang lebih pada harinya dan malamnya. Begitu juga wajib memberi upah untuk bangkit dari rukuk dan sujud.

* Sunguh mendukacitakan pada masa sekarang ramai yang sembahyang duduk diatas kerusi pada hal mereka boleh berjalan dan angkut kerusi ke masjid tetapi apabila sembahyang fardu mereka akan duduk diatas kerusi, apabila ditanya kenapa sembahyang duduk? mereka akan menjawab tak kuasa berdiri.

* Apabila sesrorang itu berdiri dan dia tidak boleh rukuk dan sujud dengan sebab penyakit umpamanya dan sekiranya dia sembahyang duduk dia dapat menyempurnakan rukuk dan sujudnya maka dia wajib berdiri dan isyarat pada rukuk dan sujudnya. Orang ini tidak boleh duduk didalam sembahyang fardunya atas alasan hendak menyempurnakan rukuk dan sujud.

Tidak wajib berdiri pada sembahyang sunat.

* Apabila lemah daripada berdiri dengan sendiri atau bantuan orang lain maka haruslah sembahyang duduk dengan apa cara duduk tetapi duduk iftirash iti terlebih afdal dan apabila lemah duduk hendaklah dia berbaring diatas lambung dan jika lemah berbaring hendak lah dia sembahyang terlentang dan hendaklah dia isyarat pada rukuk dan sujud.

Syarat berdiri

* Disyaratkan, hendaklah berdiri tegak dengan membetulkan tulang belakang sekalipun dengan bersandar pada umpama tiang maka membongkokkan badan sehinga hampir pada had rukuk adalah tidah sah pada sembahyang fardu mereka yang kuasa berdiri tegak.

* Mereka yang boleh berdiri tegak tetapi berdiri seperti orang rukuk dengan sebab tua, wajib dia berdiri dan menambah bongkoknya apabila dia rukuk.

* Disyaratkan berkuat pada dua kaki atau salah satu daripada dua kaki, maka tidak sah sembahyang mereka yang bergayut pada suatu walaupun kaki jejak pada tempat sembahyang kerana tidak dinamakan berdiri

Rukun sembahyang yang pertama Niat.

* Rukun sembahyang ada tiga belas,

* Yang pertama niat, tempatnya didalam hati. Tidak sah sembahyang dengan hanya dituturkan lafas niat pada lidah sedangkan tidak terlintas dihati.

* Niat ialah kasad sesuatu berserta dengan perbuatan.

* Niat sembahyang ialah perasaan yang ada di dalam hati, hendak melakukan sembahyang.

* Sunat lafaskan niat, supaya menolong lidah akan hati.

* Niat bagi sembahyang fardu iaitu wajib tiga perkara:

1. Kasad iaitu manyahaja atau perasaan hendak sembahyang (aku sembahyang).

2. Menyatakan fardu.

3. Menentukan waktu seperti zohor, asar, magrib, isyak, atau subuh.

Maka hendaklah seorang yang hendak sembahyang zuhur, mendatangkan di dalam hatinya, perasaan hendak sembahyang fardu zohor, seperti dilintaskan didalam hatinya “aku hendak sembahyang fardu zuhur” atau “sahaja aku sembahyang fardu zohor”.

* Yang dikatakan niat sembahyang ialah kemahuan hendak mengerjakan sembahyang, disertakan dengan kemahuan mengerjakan fardu dan menentukan waktunya.

* Tidak dinamakan niat apabila seorang itu ada terlintas di dalam hatinya hendak buat sesustu, tetapi tidak disertakan dengan perbuatan bahkan ini dinamakan azam atau cita-cita.

* Berkata Imam Nawawi harus menghadirkan niat sebelum sedikit daripada takbir, ini dimaafkan bagi mereka yang sukar hendak menghadirkan niat didalam hati pada ketika takbir.

Lafas niat sembahyang fardu yang sempurna.

1. أصلى فرض الظهر أربع ركعات أداء  لله تعالى

Sahaja aku sembahyang fardu zuhur empat rakat tunai kerana Allah تعالى

2. أصلى فرض العصر أربع ركعات أداء  لله تعالى

Sahaja aku sembahyang fardu asar empat rakat tunai kerana Allah تعالى

3. أصلى فرض المغرب ثلاث ركعات أداء  لله تعالى

Sahaja aku sembahyang fardu magrib tiga rakat tunai kerana Allah تعالى

4. أصلى فرض العشاء أربع ركعات أداء  لله تعالى

Sahaja aku sembahyang fardu isyak empat rakat tunai kerana Allah تعالى

5. أصلى فرض الصبح ركعتين أداء  لله تعالى

Sahaja aku sembahyang fardu subuh dua rakat tunai kerana Allah تعالى

6.  أصلى فرض الجمعة  ركعتين  مأموما  لله تعالى

Sahaja aku sembahyang fardu jumat dua rakat mengikut imam kerana Allah تعالى

* Hanya wajib dinyatakan dalam niat “sahaja aku sembahyang fardu ________ sebutkan pada garisan  waktunya, zuhur, asar atau lainnya. Yang lainnya sunat sahaja.

Sembahyang الصلاة

*Sembahyang yang wajib dilakukan dalam sehari semalam adalah lima waktu.

*Tidak wajib besegera melakukan sembahyang setelah masuk waktu tetapi kewajipan sembahyang bermula dengan masuk waktu.

*Wajib bersegera mengerjakan sembahyang apabila waktu hampir habis sekira-kira dapat dilakukan sembahyang yang sempurna di dalam waktu.

Waktu sembahyang yang lima

Zuhur: masuk waktunya dengan gelincir matahari dan akhir waktunya dengan jadi bayang-bayang suatu bersamaan dengan diri suatu selain bayang-bayang rembang.

Asar: Masuk waktunya apabila panjang sedikit bayang-bayang suatu daripada diri suatu dan akhir waktunya dengan terbenam matahari keseluruhannya.

Magrib: Masuk waktunya setelah terbenam matahari dan berkekalan waktunya sehinga sempurna hilang sopak merah.

Isyak: Masuk waktunya dengan hilang sopak merah dan akhir waktunya dengan terbit fajar.

Subuh: masuk waktunya dengan terbit fajar berkekalan waktunya sehinga terbit matahari.

Syarat wajib sembahyang

Sembahyang diwajibkan bagi tiap-tiap orang yang ada ciri-ciri berikut

Islam

Cukup umur/baligh

Berakal

Suci daripada haidh dan nifas

Sejahtera pengelihatan dan pendengaran. Tidak wajib sembahyang mereka yang buta dan tuli walaupun boleh berkata-kata. Syarat tidak wajib sembahyang bagi mereka yang buta dan tuli apabila buta dan tuli terjadi sebelum mumaiz adapun buta dan tuli terjadi selepas mumaiz maka wajib baginya sembahyang.

Sampai seruan islam. Tidak wajib sembahyang mereka yang tingal di tempat yang tidak sampai seru seperti suatu tempat yang tidak sampai manusia yang lain daripada puak mereka sahaja.

Syarat-syarat sebelum masuk didalam sembahyang

Syarat pertama: Suci daripada hadas besar atau hadas kecil

Syarat kedua: Suci daripada najis yang tidak dimaafkan pada badan, pakayan, dan tempat sembahyang.

Syarat ketiga: Menutup aurat bagi orang kuasa. Adapun mereka yang lemah daripada menutup aurat wajib mereka itu sembahyang bertelanjang.

Orang yang sah sembahyang bertelanjang

Orang yang tiada kain untuk menutup aurat

Ada kain tetapi terkena najis serta tidak kuasa membasuhnya kerana ketiadaan air

Ada kain yang suci tetapi terpenjara ditempat yang bernajis maka pada masalah ini hendaklah seorang itu sembahayang bertelanjang dan menghamparkan kainnya pada tempat najis supsya dia bersembahayang diatasnya.

Seorang yang diberi kain tetapi tidak menirimanya kerana takut mengungkit-ungkit. Menerima pemberian orang adalah tidak wajib maka sah dia bersembahyang bertelanjang. Adapun orang yang diberi pinjam kain maka wajib dia menirima pinjam dan jika dia bersembahayang dengan bertelanjang tidak sah sembahyangnya.

Selain di dalam sembahayang wajib juga menutup aurat di hadapan manusia dan wajib menutup aurat ketika bersendiri walaupun di dalam gelap melainkan kerana hajat walaupun sekurang-kurang hajat seperti mandi, bersejuk-sejuk dan sebagainya. Makroh melihat aurat diri sendiri jika tidak kerana hajat.

Manakah yang dikatakan aurat?

Aurat lelaki:

Aurat lelaki sedang bersembahyang, di hadapan lelaki dan di hadapan mahrannya/perempuan yang haram nikah dengannya iaitu di antara pusat dan lutut.

Auratnya di hadapan bukan mahramnya/perempuan yang boleh nikah dengannya iaitu sekelian badan.

Auratnya ketika bersendirian iaitu dua kemaluannya.

Aurat perempuan yang merdeka dan khunsa/mereka yang tidak diketahui lelaki atau perempuan kerana mempunyai dua alat kelamin

Aurat perempuan yang merdeka dan khunsa di dalam sembahyang iaitu sekelian badannya melainkan muka dan dua tapak tangan serta belakang tapak tangannya sehinga pergelangan tangan.

Aurat perempuan dan khunsa di hadapan bukan mahramnya/orang yang boleh nikah dengannya iaitu sekelian badannya.

Aurat keduanya di hadapan perempuan yang kafir iaitu selain anggota yang zahir pada waktu berkerja.

Aurat keduanya di hadapan mahramnya, di hadapan perempuan yang islam dan ketika bersendiri iaitu antara pusat dan lutut.

Aurat hamba perempun walaupun hamba separuh dan hamba yang khunsa

Aurat mereka itu antara pusat dan lutut pada sekelian keadan melainkan di hadapan lelaki yang bukan mahramnya.

Aurat mereka itu di hadapan lelaki yang bukan mahramnya iaitu sekelian badannya.

Syarat keempat: Mengetahui cara sembahayang yakni tiap-tiap orang yang wajib sembahyang dapat  membezakan perbuatan dan bacan yang fardu dan yang sunat didalam sembahyang. Sah sembahayang seorang yang mengap sekelian perbuatan dan bacaan di dalam sembahyang adalah fardu. Begitu juga mereka yang mengap sebahagian perbuatan dan bacaan didalam sembahyang adalah fardu dan sebahagiannya pula sunat dengan tidak membezakan sedangkan dia orang awam yakni bukan ulamak dan pelajar ugama.

Syarat kelima: Suci tempat sembahyang samaada dengan yakin atau sangka yang kuat bahawa tempat itu tidak bernajis. Disyarat jangan bersentuh tubuh orang yang sembahyang dengan najis semasa berdiri, rukuk, atau sujud.

Syarat keenam: Mengetahui masuk waktu atau zan/sangka yang kuat telah masuk waktu dengan ijtihad yakni bersunguh-sunguh mencari dalil telah masuk waktu. Seperti melihat beberapa buah jam yang bersamaan masanya untuk membuktikan tidak tersilap masanya atau kokok ayam yang sudah dicuba beberapa kali. Dikehendaki dengan ijtihad/bersunguh-sunguh mencari dalil telah masuk waktu iaitu mengamat-amati bahawa tidak cepat waktu yang ditunjuk. Tidak sah sembahyang dengan berpegang perkara yang tersebut itu dengan ketiadan ijtihad.

Syarat ketujuh: Menghadap ain/tubuh kiblat dengan dada  yakni wajib membetuli sekelian badannya pada kiblat dan dadanya menghadap kiblat. Sekiranya terkeluar sebahagian badannya dari kiblat maka tidak sah sembahyangnya, begitu juga jika berpaling dadanya dari kiblat maka tidak sah sembahyangnya. Yang dikehendaki dengan menghadap dada kepada kiblat ialah lintang dada dari bahu kanan hinga bahu kiri.

Menghadap kiblat itu sama ada dengan yakin seperti berada di hadapan Kabah atau dengan zan yakni mengetahui ain/tubuh Kabah dengan jalan ijtihad bagi mereka yang tidak nampak Kabah.

Keadaan yang mengharuskan meningal menghadap kiblat:

1. Ketika bersangatan takut pada perang yang harus seperti perang muslimin akan kafir harbi, atau perang pemerentah yang adil akan penderhaka. Apabila sembahyang mereka ini tanpa menghadap kiblat maka tidak wajib mengulang sembahyang atau menqadanya.

Maksud mengulan ialah diulang sembahyang dalam waktu, dan maksud qada ialah melakukan sembahyang pada luar waktunya

2. Sembahyang sunat musafir di atas kenderaan dengan syarat musafir yang harus, maka tidak harus sembahyang sunat musafir dengan tidak menghadap kiblat bagi mereka yang bermusafir kerana hendak buat maksiad.