*Sembahyang yang wajib dilakukan dalam sehari semalam adalah lima waktu.
*Tidak wajib besegera melakukan sembahyang setelah masuk waktu tetapi kewajipan sembahyang bermula dengan masuk waktu.
*Wajib bersegera mengerjakan sembahyang apabila waktu hampir habis sekira-kira dapat dilakukan sembahyang yang sempurna di dalam waktu.
Waktu sembahyang yang lima
Zuhur: masuk waktunya dengan gelincir matahari dan akhir waktunya dengan jadi bayang-bayang suatu bersamaan dengan diri suatu selain bayang-bayang rembang.
Asar: Masuk waktunya apabila panjang sedikit bayang-bayang suatu daripada diri suatu dan akhir waktunya dengan terbenam matahari keseluruhannya.
Magrib: Masuk waktunya setelah terbenam matahari dan berkekalan waktunya sehinga sempurna hilang sopak merah.
Isyak: Masuk waktunya dengan hilang sopak merah dan akhir waktunya dengan terbit fajar.
Subuh: masuk waktunya dengan terbit fajar berkekalan waktunya sehinga terbit matahari.
Syarat wajib sembahyang
Sembahyang diwajibkan bagi tiap-tiap orang yang ada ciri-ciri berikut
Islam
Cukup umur/baligh
Berakal
Suci daripada haidh dan nifas
Sejahtera pengelihatan dan pendengaran. Tidak wajib sembahyang mereka yang buta dan tuli walaupun boleh berkata-kata. Syarat tidak wajib sembahyang bagi mereka yang buta dan tuli apabila buta dan tuli terjadi sebelum mumaiz adapun buta dan tuli terjadi selepas mumaiz maka wajib baginya sembahyang.
Sampai seruan islam. Tidak wajib sembahyang mereka yang tingal di tempat yang tidak sampai seru seperti suatu tempat yang tidak sampai manusia yang lain daripada puak mereka sahaja.
Syarat-syarat sebelum masuk didalam sembahyang
Syarat pertama: Suci daripada hadas besar atau hadas kecil
Syarat kedua: Suci daripada najis yang tidak dimaafkan pada badan, pakayan, dan tempat sembahyang.
Syarat ketiga: Menutup aurat bagi orang kuasa. Adapun mereka yang lemah daripada menutup aurat wajib mereka itu sembahyang bertelanjang.
Orang yang sah sembahyang bertelanjang
Orang yang tiada kain untuk menutup aurat
Ada kain tetapi terkena najis serta tidak kuasa membasuhnya kerana ketiadaan air
Ada kain yang suci tetapi terpenjara ditempat yang bernajis maka pada masalah ini hendaklah seorang itu sembahayang bertelanjang dan menghamparkan kainnya pada tempat najis supsya dia bersembahayang diatasnya.
Seorang yang diberi kain tetapi tidak menirimanya kerana takut mengungkit-ungkit. Menerima pemberian orang adalah tidak wajib maka sah dia bersembahyang bertelanjang. Adapun orang yang diberi pinjam kain maka wajib dia menirima pinjam dan jika dia bersembahayang dengan bertelanjang tidak sah sembahyangnya.
Selain di dalam sembahayang wajib juga menutup aurat di hadapan manusia dan wajib menutup aurat ketika bersendiri walaupun di dalam gelap melainkan kerana hajat walaupun sekurang-kurang hajat seperti mandi, bersejuk-sejuk dan sebagainya. Makroh melihat aurat diri sendiri jika tidak kerana hajat.
Manakah yang dikatakan aurat?
Aurat lelaki:
Aurat lelaki sedang bersembahyang, di hadapan lelaki dan di hadapan mahrannya/perempuan yang haram nikah dengannya iaitu di antara pusat dan lutut.
Auratnya di hadapan bukan mahramnya/perempuan yang boleh nikah dengannya iaitu sekelian badan.
Auratnya ketika bersendirian iaitu dua kemaluannya.
Aurat perempuan yang merdeka dan khunsa/mereka yang tidak diketahui lelaki atau perempuan kerana mempunyai dua alat kelamin
Aurat perempuan yang merdeka dan khunsa di dalam sembahyang iaitu sekelian badannya melainkan muka dan dua tapak tangan serta belakang tapak tangannya sehinga pergelangan tangan.
Aurat perempuan dan khunsa di hadapan bukan mahramnya/orang yang boleh nikah dengannya iaitu sekelian badannya.
Aurat keduanya di hadapan perempuan yang kafir iaitu selain anggota yang zahir pada waktu berkerja.
Aurat keduanya di hadapan mahramnya, di hadapan perempuan yang islam dan ketika bersendiri iaitu antara pusat dan lutut.
Aurat hamba perempun walaupun hamba separuh dan hamba yang khunsa
Aurat mereka itu antara pusat dan lutut pada sekelian keadan melainkan di hadapan lelaki yang bukan mahramnya.
Aurat mereka itu di hadapan lelaki yang bukan mahramnya iaitu sekelian badannya.
Syarat keempat: Mengetahui cara sembahayang yakni tiap-tiap orang yang wajib sembahyang dapat membezakan perbuatan dan bacan yang fardu dan yang sunat didalam sembahyang. Sah sembahayang seorang yang mengap sekelian perbuatan dan bacaan di dalam sembahyang adalah fardu. Begitu juga mereka yang mengap sebahagian perbuatan dan bacaan didalam sembahyang adalah fardu dan sebahagiannya pula sunat dengan tidak membezakan sedangkan dia orang awam yakni bukan ulamak dan pelajar ugama.
Syarat kelima: Suci tempat sembahyang samaada dengan yakin atau sangka yang kuat bahawa tempat itu tidak bernajis. Disyarat jangan bersentuh tubuh orang yang sembahyang dengan najis semasa berdiri, rukuk, atau sujud.
Syarat keenam: Mengetahui masuk waktu atau zan/sangka yang kuat telah masuk waktu dengan ijtihad yakni bersunguh-sunguh mencari dalil telah masuk waktu. Seperti melihat beberapa buah jam yang bersamaan masanya untuk membuktikan tidak tersilap masanya atau kokok ayam yang sudah dicuba beberapa kali. Dikehendaki dengan ijtihad/bersunguh-sunguh mencari dalil telah masuk waktu iaitu mengamat-amati bahawa tidak cepat waktu yang ditunjuk. Tidak sah sembahyang dengan berpegang perkara yang tersebut itu dengan ketiadan ijtihad.
Syarat ketujuh: Menghadap ain/tubuh kiblat dengan dada yakni wajib membetuli sekelian badannya pada kiblat dan dadanya menghadap kiblat. Sekiranya terkeluar sebahagian badannya dari kiblat maka tidak sah sembahyangnya, begitu juga jika berpaling dadanya dari kiblat maka tidak sah sembahyangnya. Yang dikehendaki dengan menghadap dada kepada kiblat ialah lintang dada dari bahu kanan hinga bahu kiri.
Menghadap kiblat itu sama ada dengan yakin seperti berada di hadapan Kabah atau dengan zan yakni mengetahui ain/tubuh Kabah dengan jalan ijtihad bagi mereka yang tidak nampak Kabah.
Keadaan yang mengharuskan meningal menghadap kiblat:
1. Ketika bersangatan takut pada perang yang harus seperti perang muslimin akan kafir harbi, atau perang pemerentah yang adil akan penderhaka. Apabila sembahyang mereka ini tanpa menghadap kiblat maka tidak wajib mengulang sembahyang atau menqadanya.
Maksud mengulan ialah diulang sembahyang dalam waktu, dan maksud qada ialah melakukan sembahyang pada luar waktunya
2. Sembahyang sunat musafir di atas kenderaan dengan syarat musafir yang harus, maka tidak harus sembahyang sunat musafir dengan tidak menghadap kiblat bagi mereka yang bermusafir kerana hendak buat maksiad.